Berhijab bukan alasan untuk anda abaikan penampilan diri bahkan ia juga boleh membantu menambahkan aura busana anda sekiranya anda memilih pakaian dan tata gaya yang betul untuk tubuh badan anda. Jangan terkejut kadangkala yang berhijab nampak lagi elegan dan trendi. Seleksi tata gaya dibawah sedikit sebanyak memberi mungkin idea untuk anda yang ingin tampil kreatif dalam berfesyen dengan mengenakan hijab.
Lagak Melangkah
Istimewa buat anda yang ingin tampil muda dalam apa juga penampilan. Seluar denim potongan skinny sememangnya memberi ilusi tinggi kepada si pemakai. Top bercetak hitam putih yang digayakan bersama jaket hijau zaitun adalah adunan gaya yang cukup menarik dan ranggi.
Gaya ikonik curi tumpuan
Variasikan gaya anda dengan pemilihan jumpsut denim tanpa lengan yang dipadankan dengan top lengan panjang merah saga agar ianya nampak lebih sopan. Jaket denim tanpa lengan diberi bagi menambah elemen fesyen pada keseluruhan tata gaya.
Sulaman indah hiasi diri
Nampak minimalis namun dengan adanya kerawang sulam pada bawah baju yang digayakan bersama helaian kemeja polos dibawahnya memberi penyataan jelas pada suai padan ini. Bagi hasil yang lebih sempurna sepasang kasut, beg dan skarf bercetak terang melengkapkan penggayaan ini.
Muda menawan sepanjang zaman
Mahu rahsia tampil muda melalui penggayaan? Perbanyakkan denim dan helaian tambahan seperti jaket dan kot. Suai padan ini nampak ringkas jika jaket bomber tidak digayakan bersama namun apabila ia dihimpunkan bersama hasilnya memang cantik.
The post Srikandi Muslimah Galak Bergaya appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment