Serlah Penampilan Dengan Skinny Jeans Pilihan

Tidak semua orang berasa yakin menggaya skinny jeans. Kini, anda boleh cuba dengan pelbagai pilihan potongan yang menawan!

Jenama seluar jeans popular, Levi’s meraih inspirasi potongan ini yang boleh disuai padankan dengan pelbagai bentuk potongan tubuh. Bagi musim Luruh 2017 ini, Levi’s memperkenalkan rangkaian skinny jeans yang mengagumkan kerana ia boleh dipakai secara high-rise (paras atas pusat), mid-rise (paras bawah pusat), panjang atau cropped (potongan senteng). Menerusi koleksi skinny jeans terbaru ini, Levi’s menjadi lebih versatil, selesa dan sesuai dipakai sepanjang tahun.

“Pada musim ini, kami meraikan kegemilangan skinny jeans dengan gabungan pelbagai jenis fabrik inovatif berserta  kemasan serba baru – khusus untuk menyerlahkan aset terbaik anda – pinggul Levi’s idaman!” kata Imran Butt, pengurus negara bagi Levi Strauss Malaysia.

Sebagai busana asasi wanita, skinny jeans masih kekal sebagai seluar serba sesuai dan santai. Musim ini menampilkan pilihan paling popular di kalangan peminat jenama ini: 711 Skinny Jeans, 721 High Rise Skinny dan 501 Skinny.

711 Skinny – Jenis skinny jeans paling digemari, berpotongan kurus sendat dengan siluet tubuh yang anggun bergaya. Berparas bawah pusat dan menirus dari pinggul ke paha hingga ke pergelangan kaki.

721 High Rise Skinny – Pilihan asasi dalam siri Levi’s skinny –  pilihan gaya moden pin-up. Merangkul erat pada keliling pinggang dan memberi ilusi tubuh lebih panjang serta menyerlahkan bahagian badan yang tertentu. Padankan dengan kemeja kegemaran anda dengan menyelitkannya ke dalam pinggang seluar untuk meraih gaya yang hebat dalam sekelip mata!

501 Skinny – Antara jeans idaman wanita! Kini, ia bercirikan kaki seluar yang lurus sendat. Bagi menepati gaya vintaj, ianya diperbuat daripada kain demin klasik tanpa regangan tetapi mengekalkan bentuk dan keselesaannya. Ciri utama Button Fly turut dikekalkan dan paras pinggangnya tinggi sedikit dengan kaki seluar lurus sendat.

Jeans terbaru Levi’s Women Skinny ini boleh didapati dalam 710 Super Skinny dan Performance Cool. Kesemuanya direka khusus untuk menyokong dan mengangkat, sekali gus merapi dan menyerlahkan lagi bentuk tubuh – sepanjang hari, setiap hari.

Anda boleh dapatkan sepasang yang baru di mana-mana kedai Levi’s di seluruh Malaysia mulai Julai 2017 pada harga antara RM219 hingga RM299.

The post Serlah Penampilan Dengan Skinny Jeans Pilihan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment