Rihanna Kongsi Tip Untuk Move On Dari Bekas Kekasih

Seorang peminat bertuah telah berjaya mendapatkan nasihat daripada penyanyi popular ini.

 

Gambar : Sumber Google

 

Seperti yang kita tahu Rihanna dengan berani pernah memberikan satu kenyataan kepada Drake dan semua bekas teman lelakinya secara umum iaitu “it was you, not me”. Baru-baru ini Rihanna telah dilihat berkongsi nasihat cinta kepada seorang peminatnya yang dilihat memerlukan nasihat perhubungan  menerusi  laman Twitternya.

 

 

Gambar : Sumber Google

 

Peminat itu telah menghantar pesanan terus kepada Rihanna tentang bagaimana caranya melupakan bekas kekasih. Rihanna yang sememangnya seorang selebriti yang dikatakan cool telah memberi respon yang sangat optimis seakan sudah lama bersahabat dengan peminat tersebut.

 

Rihanna bersama bekas kekasihnya, Drake

 

Tidak pasti nasihat ini ditujukan buat Chris Brown atau pun Drake, tetapi Rihanna dilihat begitu mudah untuk move on dengan perpisahan itu. Walaupun punca keretakan hubungannya dengan Drake dilaporkan dek kerana Drake telah di friend-zoned kan oleh Rihanna sendiri.

 

Drake kemudian meninggalkan Rihanna dan mula berhubungan intim dengan penyanyi bertubuh matap, Jennifer Lopez. Selepas mengetahui berita tersebut, Rihanna kemudian berhenti dari mengikuti Drake dan Jlo di laman Instagram.

Rihanna bersama kekasihnya, Hassan Jameel

 

Rihanna kini dilaporkan bercinta dengan seorang pewaris syarikat kereta Toyota dan yang juga merupakan usahawan dari Arab Saudi iaitu Hassan Jameel.

 

Sumber : Cosmopolitan.my

The post Rihanna Kongsi Tip Untuk Move On Dari Bekas Kekasih appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment