Amouage telah membuka butik yang keduanya di pusat membeli-belah eksklusif, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.
Gedung seluas 2,000 kaki persegi itu, yang mempunyai keluasan dua kali ganda daripada butik terdahulu, membuktikan citarasa pelanggan di Malaysia arif dalam memilih dan menitikberatkan kualiti, kecanggihan, dan keanggunan gaya jenama ikon antarabangsa yang tiada tandingan.
Lokasi baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen dan usaha Amouage untuk meluaskan operasi global selaras dengan pertumbuhan dan pemintaan antarabangsa yang meningkat bagi wangiannya yang unggul.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amouage, David Crickmore, pembukaan butik di bandar raya yang berpengaruh ini membolehkan sesuatu jenama itu lebih menonjol dan menarik perhatian, serta memperlihatkan segala produk dalam persekitaran yang eksklusif.
Setiap perincian konsep reka bentuk kedai di Kuala Lumpur ini memperlihatkan keunggulan, keanggunan, dan ciri-ciri Amouage itu sendiri yang mana ianya telah diseliakan oleh Pengarah Kreatif Jenama, Christopher Chong.
Suasana yang mesra serta gaya yang tersendiri sangat menggambarkan sentuhan kehalusan seni dan daya kreativiti Christopher Chong.
Reka bentuk dan hiasannya yang tersendiri, daripada cermin kaca antik dan berukiran halus hingga kemasan keluli tahan karat yang berkilat dan gaya minimalis, menggabungkan elemen moden dan tradisional.
Butik di Kuala Lumpur mempamerkan segala minyak wangi Amouage yang tersohor, aksesori kulit Itali dan skarf Sutera lukisan tangan Itali serta koleksi wangian untuk rumah, mandian dan badan.
The post Pembukaan Amouage Yang Kedua Di Kuala Lumpur appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment