Mesti Tahu! Adab & Etika di Meja Makan

Adab dan etika kala berada di meja makan tidak harus dipandang enteng. Etika yang dijaga memberikan imej baik pada diri dan turut menjaga hati tuan rumah.

Topik yang ingin dikupas kali ini mungkin nampak mudah, namun masih ramai yang memandang ringan akannya iaitu adab dan etika di meja makan. Berikut adalah contoh etika paling asas ketika bersantap di majlis rasmi, restoran, rumah mahupun di mana sahaja yang boleh anda praktikkan.

Majlis Keraian atau Formal

Sebelum makan:

  • Sebaik sahaja duduk di meja makan, ambil napkin dan letakkan di atas riba. Jangan dikibas.
  • Jangan bermain kutleri atau membelek pinggan yang ada untuk melihat jenama kononnya.
  • Jangan lap kutleri dengan tisu atau kain napkin, ia boleh menjatuhkan air muka tuan rumah.

Adab tertib ketika makan:

  • Jangan sesekali meniup sup yang panas. Senduk sup ke arah tengah mangkuk dan makan di sisi sudu. Jangan kelurkan bunyi kala menghirup sup.
  • Jika sup dihidangkan dengan roti, ianya hendaklah dicubit dengan tangan, bukan dipotong dengan pisau mentega.
  • Tunggu semua tetamu mendapat makanan sebelum anda mula makan.
  • Potong kecil makanan sebelum disuap ke dalam mulut. Bila ingin bercakap, letak kutleri anda sebentar.
  • Kunyah makanan dengan perlahan dalam keadaan mulut yang tertutup agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
  • Jangan meluah makanan (contohnya biji atau tulang) di meja makan. Sebaliknya, gunakan kain napkin untuk menutup sebahagian mulut anda dan keluarkan tulang atau sebagainya dan cepat ke bilik air, jika perlu.
  • Kacau krim atau gula untuk minum kopi secara perlahan, jangan biarkan sudu teh berlaga dengan cawan.
  • Elakkan sendawa atau bersin di meja makan. Jika tidak dapat dikawal, ambil napkin dan tutup bahagian mulut dan picit hidung anda.

The post Mesti Tahu! Adab & Etika di Meja Makan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment