Idea Menu Sarapan Pembekal Tenaga

Menu sarapan perlulah sesuatu yang berkhasiat dan menjadi pembekal tenaga sepanjang hari. Chef Sherry berkongsi idea penyediaan menu sarapan mudah lagi memanfaatkan tubuh.

Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan daripada kita untuk mendapatkan menu seperti roti canai, nasi lemak dan teh tarik sebagai sarapan pagi. Dek kesuntukan masa, ramai yang hanya mengambil makanan yang tersedia di kedai. Di permulaan tahun baru ini, apa kata anda cuba mengambil menu sarapan yang lebih berkhasiat dan memberikan kebaikan buat tubuh dalam jangka masa yang panjang.

Saya ingin kongsikan tip serta idea menu yang mudah untuk disediakan dan penuh nutrisi penting yang memberikan tenaga mencukupi untuk anda menjalani rutin harian setiap hari.

Menu sedia awal
Sandwich adalah menu paling ideal dan boleh disediakan awal. Anda boleh menyediakan telur hancur dan letakkan di antara roti. Disarankan, pengambilan telur seeloknya sebiji di awal pagi. Salad, tomato dan timun pula sebagai pelengkap nutrisi hidangan sandwich. Menu ini boleh disediakan sehari sebelum anda makan, bungkus dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Menu sedia ada
Anda juga memiliki pilihan untuk mendapatkan bijirin bersama susu segar ketika sarapan. Beli saja stok untuk disimpan di rumah dan anda hanya perlu tuangkan semua ke dalam mangkuk dan makan sebelum keluar dari rumah. Pelbagai jenis roti berserat dan mufin juga boleh dijadikan sebagai menu sedia ada untuk sarapan. Boleh juga ditambah dengan sapuan jem kegemaran.

Menu segar
Jika anda betul-betul tiada masa untuk menyediakan hidangan sarapan pagi, sediakan stok buah-buahan di rumah. Sebagai contoh, pisang memiliki kandungan karbohidrat dan potasium yang baik untuk membekalkan tenaga di awal pagi. Selain itu, buah-buahan seperti epal hijau, oren dan kiwi adalah idea sarapan yang ringkas serta mengandungi vitamin c serta serat yang baik untuk permulaan pagi anda. Anda juga boleh mengambil buah-buahan bersama yogurt mahupun dicampur bersama menu bijirin dan susu. Pasti lebih menyelerakan!

The post Idea Menu Sarapan Pembekal Tenaga appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment