Gong Yoo Popular Di Kalangan Pengiklan

Demam drama “Goblin” masih lagi terasa sehingga ke hari ini.. Berikutan kenaikan populariti dari drama “Goblin” yang menjadi bualan sehingga ke peringkat antarabangsa, pelakon dari Korea Selatan, Gong Yoo  telah mendahului pelakon Korea yang lain di dalam senarai reputasi jenama untuk tahun 2017.
 

Gambar:TPGimage


 
Akhir tahun lalu, Gong Yooo telah memenangi anugerah Pelakon Terbaik di Baeksang Arts Awards ke-53 untuk watak Goblin yang dipegangnya dalam drama fantasi-romantik, “Guardian: The Lonely and Great God.” Untuk projek seterusnya, aktor ini berharap dapat memainkan peranan antagonis yang tidak pernah dicabarnya sebelum ini.
 
Fenomena yang dicipta pelakon kacak ini telah membuatkannya terpilih untuk menjadi duta Coway, jenama penulen air nombor satu di Korea Selatan dan Malaysia. Gong Yoo adalah duta yang pertama selepas beberapa tahun jenama itu tidak mempunyai duta jenama.
 

 
Walaupun sudah menceburi bidang industri hiburan selama hampir dua dekad, Gong Yoo juga turut mempraktikan kepentingan kebersihan air dan udara bagi mencapai kehidupan yang bermutu.
 
Namanya mula dikenali ramai dengan filem blockbuster “Train to Busan” serta drama bersiri “Guardian: The Lonely and Great God” atau “Goblin”, karakter yang sering dimainkannya penuh dengan kasih sayang dan keprihatinan dan ternyata ia adalah sama dengan personaliti sebenarnya. Konsep yang dipamerkan oleh Coway turut sama dengan kepercayaan Gong Yoo untuk hidup yang sihat dan berkualiti dan ini adalah salah satu sebab kenapa dia bersetuju untuk menjadi duta untuk produk baru jenama tersebut.
 

“Saya percaya bahawa air dan udara yang bersih adalah unsur yang amat penting dalam kehidupan harian kita,” Gong Yoo.

 
Gaya hidupnya yang meminati kucing dan memiliki dua ekor kucing adalah faktor utama kenapa dia amat mementingkan kualiti udara di dalam rumahnya kerana dia percaya udara dalam rumah menyumbang kepada kesihatan manusia dan jgua binatang peliharaan.
 
Sementara menunggu Gong Yoo dalam projek terbarunya, anda kini boleh saksikan Gong Yoo di mana-mana juga mulai Julai 2017 kerana Coway akan tampilkan Gong Yoo di papan iklan, TV, Facebook dan sebagainya.

 

The post Gong Yoo Popular Di Kalangan Pengiklan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment