Pelakon dan juga bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim telah mendedahkan bahawa dia sudah pun berkahwin buat kali yang ketiga pada Disember tahun lalu.
Gambar: Instagram Fiza Halim
Suami terbaru Fiza adalah seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal yang juga duda beranak dua, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus. Fiza mula memberikan bayangan mengenai status terkininya yang kembali bergelar isteri apabila dia dilihat berkongsi gambarnya bersama seorang jejaka di laman Instagram.
Bahkan Fiza juga sudah mengakui dirinya sudah kembali berumahtangga kepada sebuah akhbar tempatan. Fiza juga turut memaklumkan bahawa dia mempunyai sebab untuk tidak berkongsi lebih awal mengenaik perkahwinan terbarunya itu.
Fiza akui dia bersyukur dan bahagia sekalipun dia menerima pelbagai tomahan dan cacian dan dia juga tidak berniat untuk merahsiakan hal ini daripada semua namun dia lebih suka untuk mendahulukan keluarga terdekat.
Tambahnya lagi, tiada faedahnya untuk menceritakan hal ini kerana baginya ramai akan mengutuk dari mendoakannya. Oleh, itu dia mengambil keputusan untuk berdiam diri terlebih dahulu sebelum membiarkan yang lain tahu secara perlahan-lahan.
Fiza Halim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dengan dua cahaya mata namun mereka bercerai pada 4 November 2010 selepas hampri empat tahun mereka berkahwin.
Fiza kemudian mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran program realiti terkenal, Adam pada September 2013 namun perkahwinan itu hanya sempat bertahan selama tujuh bulan sebelum mereka bercerai buat kali pertama.
Tiga bulan selepas bercerai, Fiza dan Adam mengambil keputusan untuk rujuk semula namun perkahwian mereka hanya mampu bertahan selama setahun sebelum mereka disahkan bercerai buat kali kedua.
Fiza dan Jefri telah bernikah di kediaman adiknya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.
Sumber: BH Online
The post Fiza Nikah Kali Ketiga Dengan Juruterbang appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment