Enam Panduan Makan Secara Sihat Semasa Syawal

Setiap daripada anda pasti akan mengawal pemakanan pada bulan Ramadan. Mendapatkan berat badan ideal menjadi keutamaan jadi makanan yang sihat perlu diamalkan. Namun apabila syawal menjelma semua seakan lupa akan tabiat pemakanan yang diamalkan sebelum ini. Jelita kongsikan tujuh panduan makan secara sihat ketika syawal.

Makan dalam saiz hidangan atau dengan kuantiti yang kecil.

Elakkan mengambil jumlah makanan yang banyak di dalam pinggan anda. Jika anda mahu mencuba semua makanan, cuba makan berulang kali tetapi masih mengekalkan jumlah yang sedikit bagi setiap jenis makanan.

Pilih makanan yang rendah kalori.

Cuba elakkan mengambil makan yang mempunyai lemak, santan dan berminyak dengan banyak. Jika semua makanan mempunyai kalori yang tinggi, makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Banyakkan makan makanan berserat

Makanan berserat boleh membantu anda melawaskan makanan yang dimakan dan mengelak berlakunya sembelit akibat makanan yang dimakan di rumah terbuka. Jadi cuba seimbangkan makanan anda.

Amalkan makan buah sebagai snek dan pencuci mulut

Jika pada waktu siang anda sudah memenuhkan perut dengan makanan di rumah terbuka, pada waktu malam pula cuba untuk tidak mengambil makanan berat. Makan buah untuk mengisi perut pada waktu malam. Jadikan sebagai snek sebelum tidur.

Banyakkan minum air kosong serta mengurangkan air berkarbonat dan manis

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia boleh mengelak daripada mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berlaku dengan berkesan.

Sumber: Majalah Jelita Ogos 2014

The post Enam Panduan Makan Secara Sihat Semasa Syawal appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment