Caras Usia Dengan Kulit Yang Sihat Dan Berseri

Kulit wajah anda boleh menjelaskan usia sebenar anda. Ada yang terlihat lebih muda dan sebaliknya. Semua itu adalah hasil kejayaan apabila anda menjaga kecantikan wajah dengan rejim dan produk yang betul.

USIA 20 –AN

Ketika ini, berlakunya peralihan hormon daripada usia remaja kepada meningkat usia. Kulit wajah anda cenderung  untuk lebih berminyak, mempunyai liang pori yang besar, lantas menyebabkan munculnya jerawat dan menjadi kulit sensitif.

Pada fasa ini juga, anda sepatutnya lebih peka untuk mencegah daripada merawat  kulit wajah. ini kerana, jika anda sambil lewa menjaganya, kandungan kolagen di dalam lapisan kulit wajah akan mula berkurang yang menyebabkan kulit mula menampakkan tanda penuaan dan kusam.

Cuba Ini!

  • Gunakan produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kondisi kulit wajah anda.
  • Mulakan rutin untuk menggunakan krim tabir suria.
  • Jangan lupa untuk pupur wajah sekali seminggu bagi membuang sel kulit mati.

 

 

USIA 30- AN

Fasa ini dikatakan sangat penting. Penghasilan kolagen mula berkurang pada fasa ini.  Disebabkan itu, munculnya tanda  penuaan seperti garisan halus pada lingkaran bawah mata, sekitar mulut dan juga dahi. Selain itu, kulit menjadi lebih kering, kusam dan tidak sihat.

Cuba Ini:

  • Lebih elok jika anda menggunakan rangkaian produk daripada rumusan natural dan organik. Ia lebih selamat dan bertindak lembut pada kulit.
  • Jangan lupa untuk krim tabir suria. Panahan sinaran UV tidak bagus untuk proses menjana semula lapisan kulit anda.
  • Wajib mengaplikasi serum. Serum wajah mengandungi rumusan aktif yang boleh menjana semula pertumbuhan sel kulit untuk keserian dan kecantikan kulit wajah.

 

USIA 40 –AN

Anda boleh lihat kulit wajah akan menjadi kemerahan, munculnya bintik penuaan dan kesan jeragat. Ini boleh terjadi kerana sering terdedah dengan sinaran UV yang bahaya.

Selain itu, tindak balas pertukaran hormon yang berlaku pada fasa ini turut menjejaskan kandungan lapisan kulit anda. Kandungan kolagen semakin nipis dan akan membuatkan garis kedutan makin jelas kelihatan dan ketara.

Cuba Ini:

  • Tambahkan rutin penjagaan mata di dalam rejim kecantikan anda.
  • Gunakan pembersih wajah yang lembut dan bebas bahan kimia.
  • Oleskan krim wajah dengan fungsi keanjalan kulit.

 

USIA 50 –AN

Kemerosotan kolagen kulit yang semakin ketara. Pada fasa ini, akan munculnya kedutan pada kelopak mata dan liang pori semakin besar. Kulit pada bahagian pipi juga semakin mengendur dan menggeleber.

 

Cuba Ini:

  • Gunakan krim atau serum wajah dengan kandungan pelembap yang tinggi.
  • Dapatkan tidur yang berkualiti iaitu tujuh atau lapan jam sehari.
  • Kurangkan aktiviti yang boleh terdedah pada sinaran UV.

The post Caras Usia Dengan Kulit Yang Sihat Dan Berseri appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment