Beg tangan yang diperbuat daripada kulit memerlukan penjagaan yang teliti dan ada cara yang betul untuk menjaga beg kulit ini. Jelita senaraikan cara menjaga beg tangan kulit dengan betul.
Gambar: Shutterstock
Elakkan dari terkena air
Apabila terkena air, cendawan atau kulat akan muncul pada permukaan kulit dan akan meninggalkan kesan pada beg.
Elakkan beg kulit daripada terkena dakwat pen
Dakwat pen mata bola adalah bahan mudah menyerap dan akan meninggalkan kesan untuk jangka masa yang lama
Guna losyen khas
Sekiranya terkena air, guna losyen khusus untuk barangan kulit yang mudah diperoleh di mana-mana pasar raya. Sapukan losyen pada beg kulit dan kemudian lap. Selepas 15 minit, beg kulit perlu dibungkus di dalam plastik atau kain khas sebelum disimpan.
Jauhi pancaran terus matahari
Ia boleh memudarkan warna asal beg kulit anda.
Guna sarung beg plastik antikulat
Cendawan dan bakteria yang merosakkan aksesori kulit boleh muncul dari tempat penyimpanan yang tidak berliang, misalnya yang diperbuat daripada plastik.
The post Cara Menjaga Beg Kulit Dengan Betul appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment