Anzalna Nasir Mohon Maaf Berikutan Keterlanjuran Kata

Selepas menerima banyak komen negatif dari ramai netizen berikutan kenyataannya yang membela adiknya Afifah Nasir, kini Anzalna Nasir meminta maaf dan tidak mahu berkaitan dengan isu tersebut lagi.

 

Gambar : Instagram Anzalna Nasir

 

Anzalna baru-baru ini telah menulis di ruangan komen laman Instagram miliknya seakan menyebelahi adiknya iaitu Afifah Nasir yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah.

 

Topik Berkaitan : Aliff Aziz Mengaku Bersalah Dan Sudah Berdamai Dengan Isteri

 

Komen Anzalna yang menyamakan Bella dengan wanita meroyan selepas bersalin menerima banyak tentangan ramai dari pengikut pelakon itu di laman sosial. Rata-rata melepaskan kata-kata yang negatif di ruangan komen Instagramnya dan disebabkan itu, Anzalna bertindak untuk memohon maaf.

 

“Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi? Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita. Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,” kata Anzalna kepada Astro Gempak.

 

 

 

Pelakon jelita ini kini dikatakan mengambil tindakan dengan menutup ruangan komen di dalam akaun Instagram miliknya demi kebaikan bersama. Dia turut menafikan yang tindakannya itu adalah kerana takut, sebaliknya tidak mahu mengeruhkan keadaan yang kini kian pulih.

 

“Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini. Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama,” jelasnya lagi.

 

Anzalna turut menyatakan yang mana berharap yang semua pihak dapat menantikan kenyataan terus dari adiknya pula nanti.

 

The post Anzalna Nasir Mohon Maaf Berikutan Keterlanjuran Kata appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment