Universal Music Asia mengumumkan kerjasama bersama artis rakaman terkenal, Anggun dan album Bahasa Inggeris Anggun di bawah naungan Universal Music Asia dijangka akan dikeluarkan menjelang akhir tahun 2017.
Pemenang Anugerah Muzik Dunia, Duta Muhibah (Goodwill) Bangsa- Bangsa Bersatu dan juga juri rancangan Asia Got Talent ini telah mencapai pengiktirafan di peringkat global.
Album debut antarabangsa Anggun, Snow On The Sahara telah dijual lebih dari dua juta salinan di luar Asia. Hasil jualan album itu, Anggun telah menerima anugerah Triple-Platinum di Itali, Platinum di Perancis dan Emas di Switzerland serta beberapa negara yang lain. Lagu singlenya, “Snow On The Sahara,” dicatatkan dalam Billboard Top 20 untuk kategori (Pop Songs & Dance Charts). Sejak itu, lagu Anggun telah tersenarai dalam carta lagu di beberapa negara.
Selain itu, Anggun juga telah mengadakan beratus konsert di seluruh Eropah dan kini nama Anggun telah mendapat pengiktirafan peminat globalnya. Tahun lepas, Anggun telah diberikan penghormatan apabila patung lilinnya telah diletakkan di Muzium Madame Tussauds di Bangkok.
Sebagai salah seorang juri dalam siri TV yang berjaya, Anggun telah mencipta satu lagi langkah besar dalam kerjaya muziknya.
Presiden Universal Music Asia Pacific, George Ash berkata keputusan untuk bekerjasama dengan Anggun di buat kerana dia adalah seorang artis yang berbakat dan sepanjang kariernya, dia bukan sahaja menerima pujian dari Asia bahkan dari seluruh dunia, ini dapat dibuktikan dengan fakta bahawa dia adalah artis wanita Asia Tenggara yang paling terkenal di luar Asia. Dia juga mempunyai banyak penghargaan dari peringkat antarabangsa dan kerjanya di Asia Got Talent pastinya akan menjadi inspirasi kepada generasi artis yang akan datang.
Bagi Anggun pula kerjasama dengan Universal Music Asia adalah satu penghargaan yang amat bermakna dalam kerjayanya. Dia telah bekerja keras dalam menghasilkan album terbarunya itu. Selain itu, Anggun juga turut bekerjasama dengan beberapa penulis lagu dan penerbit yang berbakat dalam menghasilkan album terbarunya itu.
Album terbaru Anggun dijangka akan diterbitkan pada hujung tahun ini dan tarikh pengeluaran album akan diumumkan tidak lama lagi.
The post Anggun Bakal Hasilkan Album Di Bawah Label Universal Music Asia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment