Sinaran UV daripada matahari antara faktor yang menyumbang kepada munculnya tanda penuaan pada kulit anda. Selain daripada sinaran UV, antara faktor yang menyumbang kepada tanda penuaan adalah gaya hidup yang tidak sihat. Jadi, mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah amat penting untuk menghalang kemunculan tanda penuaan pada kulit. Jelita senaraikan amalan sihat untuk lewatkan penuaan pra-matang.
Gambar: ING image
Sapuan krim siang itu wajib!
Terdedah sepenuhnya di bawah sinar matahari atau separuh sahaja, anda perlukan sapuan perisai krim siang sebelum melangkah keluar dari rumah. Krim siang bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kulit, malah bahan aktif yang terkandung di dalam setiap krim di pasaran kini berfungsi menjadi krim perawat pada masa yang sama. Anda juga disarankan memakai pakaian yang melindungi kulit tubuh dan mengelak daripada berdiri di bawah sinaran matahari secara terus. Sekaki payung atau topi lebar pasti dapat membantu.
Kawal ekspresi wajah
Tabiat mengulangi riak atau memek wajah yang sama memberi impak kepada otot di bawah dasar kulit. Apabila ia terulang pada otot yang sama selama beberapa tahun, ia mendorong garisan yang terhasil apabila anda tersenyum lebar misalnya menjadi kekal. Memakai kacamata membantu untuk mengurangkan kesan tekanan pada otot apabila wajah anda bergerak apabila tersenyum atau ketawa besar.
Elakkan dari rokok dan alkohol
Tembakau dan alkohol amat kejam pada kulit. Ia menghidrasikan kulit lebih cepat membuatkan anda tampak beberapa tahun lebih tua daripada usia sebenar anda.
Senaman setiap hari
Kajian menunjukkan bahawa senaman ringan dapat memperbaiki aliran darah dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Ini dapat membantu membuatkan kulit anda tampil lebih segar dan muda.
The post Amalan Sihat Untuk Lewatkan Penuaan Pra-Matang appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment