6 Tabiat Yang Boleh Merosakkan Kecantikan Semula Jadi

Tanpa sedar, anda merosakkan kecantikan semula jadi, bahkan ada yang menyebabkan penyakit dalam badan.

 

Gambar : Shutterstock

 

Menurut American Journal of Psychology, tabiat adalah perbuatan antara sedar atau tidak, ia mengulang kembali perlakuan sama yang diingati otak. Tabiat ini kadang sukar dirawat dan bergantung kepada tahap keterujaan dan stres yang anda alami. Sikap anda juga mengawal tabiat seperti malas atau suka bertangguh.

 

1. GIGIT KUKU

Tabiat menggigit kuku (dan kawasan sekitarnya) atau Onychophagia adalah salah satu cara penghilang stres sama ada kerana terlalu teruja, takut, kebosanan atau sedang berfikir. Ia boleh menyebabkan tisu kulit di sekeliling kuku berdarah dan mengakibatkan jangkitan di jari dan mulut.

CARA MERAWAT: Gunakan pengilat kuku yang mempunyai rasa pahit agar anda tersedar ketika mula menggigit. Atau jika terlalu kronik, alihkan perhatian dengan melakukan perkara lain seperti melukis atau menggenggam bola stres.

 

2. PICIT JERAWAT

Walau sebesar mana pun cela pada wajah seperti jerawat merah, pigmentasi atau bintik putih, jangan sesekali menyentuh mahupun memicitnya! Bukan menyebabkan ia hilang dari wajah, bahkan meninggalkan parut. Ia juga mengubah tekstur kulit dan menyebabkan luka serta jangkitan kuman.

CARA MERAWAT: Gunakan produk atau krim berkaitan dengan rawatan jerawat. Beri masa agar ia surut sendiri, kekal menjaga pemakanan dan cara hidup yang sihat dengan minum banyak air kosong serta amalkan makan buah-buahan.

 

3. MENARIK RAMBUT

Trichotillomania adalah tabiat menarik helaian rambut, dan sesetengah kes lebih serius dengan memakannya! Kebanyakan kes sukar dirawat dan mereka menarik rambut ketika dalam keadaan stres dan sedih. Perlakuan ini secara berterusan boleh menyebabkan botak di kawasan-kawasan tertentu pada kulit kepala dan rambut tidak tumbuh semula.

CARA RAWATAN: Tiada cara mudah untuk merawat tabiat nan satu ini kerana ia melibatkan masalah psikologi. Tutup kepala dengan topi atau apa sahaja yang menyukarkan anda daripada mencapai rambut dan mencabutnya.

 

4. GIGIT BIBIR

Gemuruh menyebabkan anda tanpa sedar menggigit bibir. Kulit di sekitar bibir sangat lembut dan ini menyebabkan anda suka untuk menggigitnya. Hal ini mengakibatkan kulit terkopek, justeru pendarahan dan luka berlaku.

CARA RAWATAN: Selalu menggunakan pelembap bibir daripada klinik mahupun yang terdapat di farmasi bagi mengekalkan kesihatannya. Elakkan memegang atau menjilat bibir kerana ia mendorong anda untuk menggigitnya. Buat regangan otot muka ketika anda mula untuk menggigit bibir.

 

5. TIDUR TANPA TANGGALKAN SOLEKAN

Kesibukan kerja dan masa yang terhad menyebabkan anda kerap tidur tanpa menanggalkan solekan. Ketahuilah kulit wajah perlu bernafas dan jika anda sekat, ia akan tersumbat dan mula timbul jerawat. Tidak membersihkan solekan mata pula boleh menyebabkan iritasi, kegatalan dan bengkak.

CARA RAWATAN: Cuba sedaya mungkin untuk mengingatkan diri sendiri akan akibatnya. Pastikan anda ada tisu basah yang dilengkapi dengan krim pembersih untuk mencuci solekan secara mudah. Atau gunakan pencuci solekan dari jenis minyak bagi memudahkan proses membersih tanpa perlu dua hingga tiga kali mengelap.

 

6. TERLUPA KRIM SPF!

Cuaca siang di Malaysia yang sentiasa disinari cahaya matahari menyebabkan anda terdedah dengan lapisan ultra violet yang merosakkan kulit. Akibatnya, ton kulit jadi tidak sekata dan merosakkan pelbagai sel, lebih teruk ia mengakibatkan kanser kulit. Mengambil mudah keperluan memakai krim muka adalah tidak menyihatkan.

CARA RAWATAN: Minum banyak air serta amalkan penggunaan krim muka yang dilengkapi dengan SPF30 dan ke atas. Letakkan krim di tempat yang mudah dilihat dan lebih baik jika ada lebih krim
dan letakkan ia di dalam tas tangan untuk memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana.

The post 6 Tabiat Yang Boleh Merosakkan Kecantikan Semula Jadi appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment