Tiada lagi gangguan lalat di dapur dan ruang makan dengan petua tradisional ini. Praktikkan di rumah untuk keselesaan bersama.
Situasi lalat menghurung makanan yang terhidang di kediaman pastinya merimaskan dan mengundang kerisauan. Makanan akan mudah tercemar dan sekali gus dapat menjejaskan kesihatan seisi penghuni rumah. Jika sudah lali dengan kaedah moden dalam menghalau lalat, anda boleh cuba petua tradisional ini. Mungkin dapat membantu.
Langkah menghalau lalat menggunakan bahan semula jadi:
1. Serai wangi
Tumbuhan ini memiliki bau yang tidak menyenangkan untuk lalat dan serangga lain. Anda boleh menanam pokok serai wangi di rumah ataupun gunakannya sebagai semburan. Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu cuci bersih serai wangi dan kisar kering. Kemudian rendam ia di dalam air semalaman dan tapis untuk mendapatkan airnya sahaja. Masukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di kawasan tertentu untuk menghalau lalat.
2. Timun
Letakkan timun di atas meja dan juga pada tingkap dapur anda. Selain itu, letakkan juga hirisan timun di sekitar tong sampah.
3. Limau purut dan cengkih
Bau yang terhasil daripada campuran limau purut dan cengkih juga tidak digemari lalat. Anda hanya perlu belah dua limau purut dan cucukkan beberapa cengkih pada isi limau purut. Letakkan ia di atas meja makan ataupun mana-mana kawasan dapur. Anda juga boleh gantikan limau purut dengan lemon.
4. Kayu manis
Aroma daripada kayu manis mampu menghalau lalat. Tumbuk kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi di ruang dapur anda. Alternatif lain, anda boleh sediakan satu uncang berisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Gantung pada ruang makan.
5. Daun kari
Letakkan segenggam daun kari di dalam mangkuk kecil berisi air dan tempatkan di sudut meja makan.
The post 5 Petua Dapur Bebas Lalat appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment