5 Jenis Ikan Yang Tidak Patut Anda Makan

Kita semua tahu hidangan berasaskan ikan sangat lazat dan menyihatkan. Namun, tahukan anda bahawa ada ikan tertentu yang akan membahayakan anda? Jelita senaraikan lima jenis ikan yang tidak patut anda makan.
 
Ikan Keli Yang Diimport

Gambar: INGimage


 
Ikan keli boleh membesar ke saiz yang besar. Untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan ini, kebanyakan penternak ikan keli akan memberikan ikan ini hormon, terutama ikan yang diimpor dari negara Asia. Ikan keli yang tidak dibela adalah lebih selamat dan mengandungi banyak nutrisi semula jadi.
 
Ikan Makarel

Gambar: Shutterstock


 
Ikan Makarel mengandungi merkuri yang tidak dibersihkan dan akhirnya akan terkumpul di dalam badan anda dan ini akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Antara jenis makarel yang kurang merbahaya adalah ikan makarel dari Atlantik.
 
Ikan Tuna

Gambar: INGimage


 
Ikan tuna juga mengandungi banyak merkuri terutama sekali tuna hitan dan tuna biru. Di samping itu, terdapat ikan tuna kecil yang dijual dengan harga rendah di pasaran kerana ia hampir pupus. Kesemua ikan ini asalnya datang dari kolam ikan di mana ia diberi makan dengan antibiotik dan hormon.
 
Ikan Talapia

Gambar: Shutterstock


 
Tidak banyak asid lemak yang sihat yang terkandung di dalam ikan talapia namn kepekatan lemak berbahaya yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Pengambilan ikan jenis ini secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan paras kolestrol dan menjadikan tubuh anda lebih sensitif terhadap alergen.
 
Belut

Gambar: Shutterstock


 
Belut mengandungi banyak lemak dan dengan itu, ikan jenis ini sangat mudah menyerap sisa industri dan ladang yang dibuang di dalam air. Belut dari spesies Amerika mempunyai kandungan yang merbahayakan dan Belut Eropah juga dikenali kerana telah tercemar dengan kandungan merkuri yang banyak.

 

 

The post 5 Jenis Ikan Yang Tidak Patut Anda Makan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment