5 Cara Jauhi Aura Negatif Di Pejabat

Rakan sekerja negatif antara punca buat anda rasa malas untuk ke tempat kerja. Mereka ini bukan sahaja memberi tekanan malah membuatkan anda hilang minat untuk lebih produktif. Jelita senaraikan lima cara untuk anda jauhi aura negatif di pejabat.
 

Gambar: Shutterstock


 
Jangan Cepat Emosi

Kebiasaannya, reaksi pertama bagi seseorang apabila mendengan sesuatu yang tidak elok diperkatakan mengenai dirinya, tentulah si dia akan melenting. Itulah yang cuba dilakukan pihak “pencetus.” Apa yang patut dilakukan adalah, sekiranya anda mengalami situasi ini cuba untuk jangan cepat melatah dan terus menerima apa yang dikatakan. Berfikir seketika dan cuba menilai sama ada apa yang disampaikan itu ada kebenaranya.
 
Soal Siasat Terlebih Dahulu

Seterusnya, dapatkan kepastian mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Kalau dalam contoh yang tersebut di atas tadi, sebaiknya bersemuka dengan rakan baik anda secara baik dan secara idealnya, pastikan si “pencetus” pun turut ada di situ. Rasionalnya di sini adalah:

  • Anda dapat berbincang secara telus dengan semua pihak jadi tidak ada sesiapa yang berpeluang untuk memutar belit cerita kerana semua pihak yang terlibat ada di situ.
  • Anda dapat menilai sendiri reaksi pihak yang terlibat dan lihat siapa yang berkata benar ataupun mungkin ada salah faham di antara mereka. Mungkin anda boleh tolong rungkaikan salah faham itu.

 
Objektif Dalam Membuat Keputusan

Apabila anda sudah bersemuka atau bersoal siasat mengenai punca terjadinya perselisihan faham atau krisis dengan rakan anda, cuba buat kesimpulan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa pun dan tidak mengikut emosi semata-mata.
 
Keluar Dari Persekitaran Negatif

Secara semula jadi, sekiranya anda dikelilingi unsur negatif seperti rakan sekerja yang suka bergosip, menjadi batu api atau suka bergaduh, ini pasti akan menyukarkan usaha anda untuk menjadi positif. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah membuat tindakan yang wajar dengan keluar dari persekitaran negatif itu.
 
Fokus Pada Diri

Sekiranya anda ingin lari dari rakan sekerja yang negatif, satu langkah yang paling mudah untuk anda lakukan adalah dengan merancang hari anda dengan baik. Maksudnya di sini anda senaraikan kerja yang perlu anda selesaikan untuk sesuatu hari itu dan lakukannya satu persatu sehingga selesai.

The post 5 Cara Jauhi Aura Negatif Di Pejabat appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment