Resipi Ayam Percik


 
Saiz Hidangan: Dua
 
Tempoh Penyediaan: Sejam
 
Bahan-Bahan

2 dada ayam
 
Bahan Perap

1 Inci halia

3 bawang merah

1 ulas bawang putih

Garam secukupnya
 
Bahan Sos

2 cawan santan

5 bawang merah

1 inci halia

1 serai

3 cili kering

Garam dan gula secukupnya

2 asam keping
 
Cara Penyediaan

  1. Kisar semua bahan perap dan perap pada ayam seketika. Kemudian, kukus hingga masak dan tos. Apabila ayam sudah sejuk, goreng sehingga warna keperangan. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan sos (kecuali asam keping) dan masak bersama santan sehingga pekat. Jangan lupa masukkan asam keping dan keluarkan sekiranya rasa masam sudah mencukupi.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  4. Apabila sos sudah masak, curah ke atas ayam dan masukkan ke dalam ketuhar dan bakar seketika.
  5. Lakukan beberapa kali sehingga sos melekat pada ayam.

The post Resipi Ayam Percik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment