Panduan Penjagaan Tayar Mudahkan Perjalanan Balik Kampung

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian ruginya tidak terkata. Terutama sekali bila hendak memandu jauh dan banyak pula destinasi hendak dituju. Pastikan tayar kenderaan anda dalam keadaan yang terbaik. Jelita senaraikan 13 panduan mudah penjagaan tayar untuk memudahkan perjalanan balik kampung anda.
 

Gambar: Shutterstock

  1. Kebiasaannya, tayar kereta boleh bertahan sehingga 50,000 kilometer. Sebaiknya, minta pakar tayar untuk menasihati tentang petunjuk penggunaan-benang pada tayar anda, dan ganti kepada tayar baru jika ia telah sampai ke tahap benang kelihatan.
  2. Jika sudah sampai ke tahap berkenaan, elakkan menukar satu tayar demi satu tayar kerana ia akan memberi kesan kepada pemanduan anda. Boleh membahayakan keselamatan keluarga.
  3. Sebaiknya, semua tayar baru digunakan perlu dalam satu saiz, kadar kelajuan yang sama dan mempunyai daya tahan berat seperti yang asal.
  4. Jika rim kereta anda bengkok akibat termasuk lubang, ia akan menjejaksan prestasi tayar. Malah, penggunaan saiz rim yang tidak bersesuaian dengan tayar turut memberi kesan.
  5. Elakkan daripada membaiki tayar bocor dengan hanya menampalnya secara sementara terutama sebelum perjalanan yang jauh; sebaiknya dapatkan pakar tayar untuk membaikinya dengan cara yang betul.
  6. Gilirkan tayar daripada depan ke belakang, kiri ke kanan dan periksa alignment tayar pada setiap 10,000 kilomter pemanduan. Lebih wajar jika anda turut memeriksa alignment setiap kali selepas perjalanan yang jauh.
  7. Anda juga dinasihatkan untuk memeriksa tekanan angin tayar anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tekanan udara yang tidak betul akan meningkatkan kadar penggunaan tayar (walaupun baru pakai beberapa bulan) malah, dikatakan mampu menjejaskan prestasi penggunaan minyak juga.
  8. Bukan sekadar terlebih angin, kurang tekanan angin di dalam tayar juga boleh merosakkannya.
  9. Periksa dalam buku panduan kenderaan anda atau di tepi bawah pintu penumpang tidakpun pada pintu kecil tempat isi minyak untuk mengetahui tekanan udara yang betul untuk tayar kereta anda.
  10. Jangan lupa periksa tayar ganti yang terletak di dalam bonet kereta. Manalah tahu jika tayar utama pancit, ianya boleh digunakan dengan baik sementara menunggu ganti di destinasi seterusnya.
  11. Memecut laju juga boleh menyebabkan usia tayar jadi lebih singkat. Sebaiknya, turuti had laju kenderaan yang disarankan sewaktu memandu.
  12. Sebaik mungkin, elak daripada memasuki lubang lopak atau memandu laju bila ada bonggol untuk menjaga tayar kereta anda.
  13. Tahukah anda? Jika anda membawa barangan atau penumpang lebih had, prestasi akan terjejas. Justeru, ikuti saranan yang ditetapkan untuk had muatan.

The post Panduan Penjagaan Tayar Mudahkan Perjalanan Balik Kampung appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment