Keunikan Jam Tangan Ball Watch Jadi Tarikan

Diinspirasikan daripada sejarah rekaan kereta api, rangkaian jam tangan Ball Watch memperlihatkan ciri keanggunan dan kesederhanaan yang pastinya akan menjadi tarikan ramai.
 

 
Evolusi Lampu Malam

Mempraktikkan penggunaan teknologi yang canggih, koleksi jam tangan Ball menampilkan ciri  unik seperti dial yang mempunyai pantulan bercahaya dalam gelap. Menggunakan teknologi Self-Powered Micro Gas Tubes (H3), sumber cahaya baharu ini dihasilkan melalui teknologi laser Switzerland yang inovatif. Ia memberikan kecerahan yang tinggi, sepanjang hayat dan 100 kali lebih cerah daripada dial yang menggunakan cat bercahaya. Tiub gas ini mampu kekal bercahaya selama 25 tahun. Uniknya tiub gas mikro ini tidak memerlukan pengisian semula daripada matahari atau tidak menggunakan bateri. Walaubagaimanapun, kecerahan lampu gas mikro H3 ini akan pudar seiring dengan waktu.
 

 
Tahan Rintangan

Direka dengan piawaian kualiti  tertinggi, setiap jam tangan Ball akan menjalani prosedur ujian yang ketat bagi mengesahkan rintangan kejutan yang sempurna sehingga 5,000Gs. Ujian rintangan ini dijalankan mengikut Standard Antarabangsa ISO 1413 menggunakan mesin ujian kesan pendulum ( pendulum impact-testing machine). Mekasnisme ini menetapkan pergerakan pekeliling dimana pendulum yang berat akan dijatuhkan di atas jam dari ketinggian satu meter.
 
Pergerakan

Pergerakan mekanikal buatan Switzerland.

Dimensi: 25.6mm, ketinggian 3.6mm

Fungsi: Jam, minit, saat dan tarikh

Winding: Automatik

Getara: 28,800 vph, 4Hz

Rizab Kuasa: 42 jam

Jewels: 21 atau 25 (bergantung kepada pelaksanaan)
 
Selesa Dipakai

Koleksi jam tangan Ball dipatenkan dengan Triple Fold Buckle untuk rintangan yang kuat dan kualiti jangka panjang. Gancunya pula dihasilkan dalam blok unik keluli tahan karat. Untuk keselesaan pula, ia direka dengan keseimbangan tali yang sempurna, unsur lipatan dibahagikan di bawah penutup gancu dan sistem lanjutan sepanjang 22mm di kedua belah tali jam membolehkan pemakai mendapatkan keselesaan berpanjangan sewaktu memakai jam tangan ini.
 
Sistem Perlindungan

Sistem perlindungan yang dipatenkan dapat menjamin daya tahan air dan rintangan kejutan walaupun di kawasan yang paling lemah dalam rekaan jam tangan antaranya ialah bahagian crown. Kebanyakkan jam tangan rosak akibat kebocoran air dan kerosakan akibat kejutan luaran yang berlaku di bahagian crown. Crown, terutamanya jika ia tidak diskrukan, adalah bahagian yang paling berisiko dalam jam tangan.

The post Keunikan Jam Tangan Ball Watch Jadi Tarikan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment