Kemeja- T Dan Seluar Denim, Item Kegemaran Saya- Zahnita Wilson

Dua dekad memperaga dan menghiasi muka depan majalah,  Zahnita Wilson adalah wajah kegemaran jenama fesyen tempatan dan luar negara. Meskipun sudah berkeluarga, kerjaya peragaan dan fesyen tetap menjadi keutamaanya. Menjadi model dalam memperagakan busana-busana pereka fesyen pastinya memberi idea serta mengenal pasti citarasa dirinya mengenai dunia fesyen. Jelita berkesempatan menemuramah model tinggi lampai ini mengenai maksud fesyen di matanya.

Image result for zahnita wilson

  1. Item fesyen koleksi peribadi kesayangan anda?

Jawapan: Sebenarnya saya tidak mempunyai item kesayangan yang spesifk. Bagi saya, semua item peribadi saya seperti baju, seluar, kasut dan jaket sememangnya saya sayang dan dijaga dengan rapi. Walaubagaimanapun, helaian kemeja-T dan seluar denim antara pakaian yang paling kerap saya pakai jadi sudah tentunya kedua helaian ini antara item fesyen kesayangan saya.

 

  1. Pereka fesyen kegemaran Zahnita?

Jawapan: Saya sangat mengagumi Kashfi Zulkifli. Koleksi gaun dan bajunya sesuai dengan bentuk tubuh dan citarasa saya. Paling penting, ianya selesa dan memudahkan saya untuk bergerak.

Image result for zahnita wilson in kashfi zulkifli

  1. Fabrik baju yang paling anda gemari?

Jawapan: Saya lebih suka sifon Perancis. Harganya agak mahal namun berbaloi kerana tekstur kainnya yang selesa dan tidak panas.Tidak salah untuk lakukan pelaburan jika ianya memberi manfaaat untuk diri kita.

 

  1. Wanita apabila sudah berkeluarga sering mengabaikan penampilan diri, apa kata anda?

Jawapan: Benar, sebagai seorang ibu, ia memerlukan usaha dan masa untuk berdandan serta menjaga penampilan diri tambahan pula pada masa yang sama perlu menyiapkan anak namun ia bukan alasan untuk tidak menjaga diri anda kerana fesyen serta penampilan diri mencerminkan peribadi anda.

Image result for zahnita wilson

  1. Industri fesyen tanah air kian berkembang, apa pendapat anda?

Jawapan: Ya, tepat sekali. Kita boleh lihat ada banyak butik- butik kecil dan pereka-pereka fesyen muda yang tumbuh bagaikan cendawan. Ia adalah satu perkembangan yang positif dan perlu diteruskan agar industri ini boleh bersaing sihat dengan industri yang lain.

 

Gambar ihsan: Google

The post Kemeja- T Dan Seluar Denim, Item Kegemaran Saya- Zahnita Wilson appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment