Kekasih Gelap Rihanna Sebenarnya Seorang Billionaire Dari Arab Saudi

Lelaki misteri yang terlihat berhubungan intim bersama penyanyi popular dunia, Rihanna di sebuah kolam renang di Sepanyol semalam telah pun dikenal pasti yang mana seorang usahawan dari Arab Saudi bernama Hassan Jameel, dipercayai adalah salah seorang lelaki terkaya di dunia.

 

Gambar : Sumber Google

 

Hassan merupakan timbalan presiden dan naib pengerusi bisnes keluarganya Abdul Latif Jameel, salah satu syarikat paling berjaya di dunia dan kunci kepada pelabur di dalam syarikat Toyota.

 

Merujuk kepada sumber, pasangan yang sedang hangat diperkatakan ini sebenarnya secara senyap-senyap sudah berhubungan sejak beberapa bulan lalu, meskipun gambar rakaman paparazzi itu menjadi pengesahan awam secara terbuka tentang hubungan baru Rihanna.

 

 

 “Rihanna pernah berkongsi kepada rakan-rakannya yang mana dia sedang dilamun cinta dengan lelaki berkenaan dan dilihat benar-benar serius. Mereka sering menghabiskan waktu bersama jauh dari mata-mata dan mereka sememangnya sangat serius dengan perhubungan ini. Hassan dan Rihanna sangat menikmati masa bersama,” ujar sumber kepada media antarabangsa.

 

Hassan juga dilaporkan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Naomi Campbell selepas dilihat bersama ikon supermodel itu di konsert Stevie Wonder musim panas tahun lalu.

 

Ada kata yang mana Campbell baru-baru ini terkait dengan spekulasi bahawa dia telah bertarung dengan Rihanna selepas pasangan itu secara misterinya tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram.

 

Hassan adalah orang pertama yang dikaitkan dengan Rihanna sejak dia dikhabarkan putus semula dengan superstar R&B, Drake. Sebelum itu, Rihanna turut pernah memutuskan hubungannya yang agak lama bersama Chris Brown dan secara tidak langsung ia terkait dengan rapper Travis Scott dan bintang bola keranjang iaitu Matt Kemp.

 

Forbes menganggarkan Hassan mempunyai kekayaan keluarga yang bernilai USD$1.5bilion sekaligus menjadikannya nombor 12 dalam senarai orang Arab terkaya di dunia.

 

 

 

The post Kekasih Gelap Rihanna Sebenarnya Seorang Billionaire Dari Arab Saudi appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment