Izara Aishah Ingin Mula Ceburi Bidang Perniagaan, Lancar Produk Kosmetik

Dalam diam, Izara Aishah pula kini tampil dengan produk kosmetik sendiri yang bernama Madame Izara.

 

 

Demi menyokong kempen dalam mempromosikan produk kosmetik pertama keluaran Izara sendiri, aktres jelita ini bakal muncul dalam drama web bersiri pada bulan depan.

 

Drama tersebut dikatakan berjudul Madame’s Diary yang memaparkan kehidupan sebenar Izara yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Kreatif di Syarikat A Klassse.

 

Setiap episod dikatakan hanya akan memperuntukkan durasi antara lima hingga 10 minit sahaja. Ia bakal tampil dengan episod pertama paa 1 Julai nanti. Menerusi drama tersebut, ia sedikit sebanyak membawa mesej perkenalan buat produk kosmetik selebriti popular itu.

 

Menurut laporan BH Online, 3,000 unit produk tersebut telah pun ditempah. Tempahan awal Madame Izara telah pun dibuka dengan harga hanya RM88 untuk satu set matte lip liquid, pensel penggaris bibir dan pengasah.  Anda boleh layari www.madameizara.com untuk maklumat lanjut.

 

 

 

The post Izara Aishah Ingin Mula Ceburi Bidang Perniagaan, Lancar Produk Kosmetik appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment