Majoriti waktu yang diperuntukkan kala pembikinan filem Wonder Woman, bintang utamanya iaitu Gal Gadot sebenarnya sedang hamil anak kedua.
Gambar : Sumber Google
Dengan teknologi serba canggih, team produksi filem Wonder Woman berjaya menghasilkan sut yang berasaskan skrin hijau untuk mengaburi perut hamil Gal Gadot ketika itu. Sewaktu pembikinan filem blockbuster itu, Gadot dikatakan sedang hamil lima bulan.
Gambar : Sumber Google
Namun ketika di set penggambaran, Gadot sebenarnya tidak mahu sesiapa krew produksi mengetahui akan berita kehamilannya itu dek kerana dia tidak mahu diberikan layanan istimewa.
Lumrahnya, Gadot sebagai ibu hamil tidak lari dari masalah muntah-muntah sehinggakan dia terpaksa berlari ke sudut-sudut tersorok demi menyembunyikan masalahnya mual serta muntah dan migrain yang disebabkan hormon dari pengetahuan ramai.
“Saya terus berlari keluar. Saya mula hadir ke set dengan cermin mata hitam. Saya mempunyai satu jug air bersama potongan halia. Seorang dari penerbit filem tersebut selalu bertanya,’Kenapa awak minum air itu?’ They thought I’d gone Hollywood,” ujar Gadot.
The post Ini Sebabnya Gal Gadot Sorok Perut Hamil Lima Bulan Ketika Penggambaran Wonder Woman appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment