Crocs Raikan Keunikan Individu dengan Koleksi Isabella & Swiftwater

Butik berkonsep Crocs terbaru di Suria KLCC menawarkan koleksi terkini Isabella & Swiftwater.

Crocs, peneraju dunia dalam kasut kasual inovatif, mengumumkan pembukaan rasmi butik berkonsep yang terbaru di Suria KLCC, pusat membeli-belah mewah yang terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Butik berkeluasan 947 kaki persegi ini menampilkan koleksi Crocs Spring/Summer 2017 terkini yang terdiri daripada clog ikonik dengan gaya baru seperti sandal, ‘loafers’, kasut kanvas, ‘wedges’, kasut tumit tinggi, flip flop – semuanya direka dalam pelbagai warna dan grafik cetak yang menarik untuk memenuhi cita rasa semua.

Untuk musim ini, Crocs telah melancarkan dua koleksi bergaya baru iaitu Swiftwater dan Isabella. Crocs Swiftwater telah direka untuk ‘Weekend Warrior’. Sporty dan berguna, koleksi kalis air ini membolehkan seseorang untuk bergerak dari bandar ke denai, taman ke tasik dan studio ke jalanan dengan lancar.

Sementara itu, koleksi Crocs Isabella pula mempunyai pendekatan yang lebih feminin, berwarna-warni dan lembut. Ringan, menyeronokkan, bergaya dan selesa sepanjang hari!

Koleksi Crocs Summer/Spring 2017 membolehkan pelanggan untuk meluahkan keunikan dan gaya mereka. Sebagai jemputan untuk berkongsi identiti uniknya, Crocs telah melancarkan kempen global ‘Come As You Are’ bersama selebriti dan duta jenama Crocs, Drew Barrymore (Pelakon Hollywood), John Cena (Ahli Gusti Profesional), Yoona Lim (Girls’ Generation) dan Henry Lau (Super Junior M).

Kempen Crocs terbaru ini meraikan keunikan dan memberi inspirasi kepada individu untuk berasa selesa dengan diri sendiri. Crocs akan meneruskan kempen ini sepanjang tahun 2017, dengan hashtag #ComeAsYouAre dan menampilkan rangkaian gaya clog dan sandal yang adalah teras jenama Crocs.

“Sebagai jenama kasut gaya hidup yang terkemuka di peringkat global, Crocs sentiasa menghasilkan inovasi dan mewujudkan reka bentuk yang kreatif, bergaya serta berpegang teguh kepada dirinya. Kempen Crocs ‘Come As You Are’ bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk meraikan keunikan mereka, tetapi juga memberi inspirasi kepada kami untuk tidak menghadkan diri sendiri.

“Pembukaan butik berkonsep Crocs terbaharu di Suria KLCC adalah sebahagian daripada strategi kami untuk mengekalkan kedudukan yang kukuh di pasaran Malaysia. Perkembangan pesat ini mewujudkan satu lagi peluang menarik untuk Crocs terus membawa keselesaan, keseronokan, warna dan inovasi ke pasaran dunia,” kata Teh Teong Ei, Ketua Pegawai Eksekutif Pinang Medical Supplies (PMS) Sdn Bhd. Pinang Medical Supplies ialah pengedar rasmi untuk Crocs di Malaysia.

Dengan pembukaan ini, Crocs telah berkembang kepada 22 butik dan 2 outlet di seluruh Malaysia.

The post Crocs Raikan Keunikan Individu dengan Koleksi Isabella & Swiftwater appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment