Yusof Leonne, Nama Anak Kedua Lisa Surihani Dan Yusry Halim

Tanggal 23 April lalu pada jam 7.10 pagi, Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang kini dinamakan Yusof Leonne.

 

 

Gambar : Instagram Yusry

 

Selamat melangsungkan majlis tahnik bayi kedua pasangan itu di kediaman mereka berdekatan Kajang, Yusry sempat berkongsi gambarnya bersama seisi keluarga dengan kapsyen kesyukuran selepas selesainya majlis itu.

 

“Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak lelaki kami, Yusof Leonne bin Yusry petang tadi. Thank you papa Jovian Mandagie & mama Nina Ismail Sabri kerana membawa Ustaz Fahmi & Ustaz Badri untuk menyempurnakan majlis,” tulis Yusry menerusi laman Instagramnya.

 

Gambar : Instagram Jovian Mandagie

 

Lisa turut berkongsi gambar yang sama dengan kapsyen rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar. Aktres jelita ini turut menyatakan rasa berterima kasih kepada Jovian Mandagie dan isterinya, Nina Ismail Sabri yang banyak membantu mereka dalam melangsungkan majlis bertahnik itu.

 

Gambar : Instagram PrettyPeektures

 

Yusry sebelum ini ada memuat naik sekeping gambar di Instagram yang memaklumkan akan rasa gembiranya menimang anak kedua.

 

“Susah nak percaya. Tetapi saya amat bersyukur dengan kurniaan indah ini. Saya dan Lisa dapat anak kedua dalam tempoh yang singkat. Sebelum ini, kami menunggu lama untuk mendapat anak pertama. Lisa juga tidak berdepan masalah ketika melahirkan anak kedua. Semuanya dipermudahkan,” kata Yusry kepada BH Online.

 

 

The post Yusof Leonne, Nama Anak Kedua Lisa Surihani Dan Yusry Halim appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment