Badan yang berbau sudah tentu membuat anda berasa malu, rendah diri dan tidak yakin. Menggunakan minyak wangi dan semburan deodorant salah satu cara untuk mengatasinya.
Namun, terdapat juga mereka yang mempunyai bau badan yang kuat sehinggakan bau minyak wangi pon tidak mampu untuk mengatasinya. Untuk itu, apa kata anda cuba mengamalkan petua ini.
Cara 1: Ambil lima helai daun sirih dan rendamkan ia ke dalam seteko air panas. Biarkan seketika. Amalkan minum air rendaman daun sirih itu untuk mengatasi badan yang berbau.
Daun sirih bukan sahaja bertindak sebagai antiseptik malah ia mengandungi zat aktif yang membantu menghilangkan bau badan terutamanya jika disebabkan oleh bakteria.
Cara 2: Perahkan beberapa biji lemon ke dalam air mandian anda. Tambahkan dengan sedikit air ros. Mandi menggunakan air campuran ini. Amalkannya setiap hari.
Cara 3: Hancurkan dua biji tomato dan campurkan dengan daun sage. Sapukan pada bahagian yang mudah berpeluh seperti ketiak, leher dan badan. Biarkan selama 15 minit sebelum anda mandi dan dibilas bersih.
Cara 4: Timun juga boleh digunakan sebagai alternatif menghilangkan bau badan. Caranya juga mudah. Potong sebiji timun kepada beberapa bahagian. Semasa mandi, gosokkan kepingan timun tadi pada seluruh badan selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.
Cara 5: Rendam beberapa kuntum bunga cengkih di dalam secawan air panas hingga ia kembang. Kemudian, minum air tersebut. Jadikan amalan untuk mengelakkan masalah bau badan.
The post Tip Hilangkan Bau Badan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment