Tiket Konsert Dato’ Sheila Majid Hampir Habis Dijual

Sejak diumumkan tentang konsert Ratu Jazz Negara, Dato’ Sheila Majid bulan lalu, keterujaan dari para peminat untuk mendapatkan tiket ke konsert Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 begitu hangat sehingga dua kategori tiket iaitu RM 888 dan RM 388 telah habis dijual.
 

Gambar: Instagram Dato Sheila Majid Official


 
Menurut penganjur, IME Malaysia, jualan tiket konsert Dato’ Sheila Majid yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2017 di Stadium Negara telah menerima sambutan yang begitu membanggakan, berikutan para peminat yang begitu rindukan kemunculan semula idola ini.
 
Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 akan dibawakan oleh MD Wellness, dengan sokongan rakan penaja rasmi yang lain seperti Taiwan Halal Festival yang dibawakan oleh Institut Kajian Pembangunan Komersial Taiwan atau Commerce Development Research Institute Taiwan (Sebagai penaja Berlian), Hoya (Rakan Penjagaan Mata Rasmi), Anlene (Rakan Rasmi), Weconnect (Aplikasi Mobile Rasmi), dan DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur (Hotel Rasmi).
 
Festival Halal Taiwan akan diadakan serentak di lokasi konsert bermula jam lima petang. Festival ini akan mengetengahkan 17 pengeluar halal terbaik negara tersebut, merangkumi produk kosmetik, makanan, produk kesihatan dna banyak lagi. Ini adalah platform yang baik untuk pengunjung konsert merasai sendiri produk halal dari Taiwan selain melibatkan diri dalam permainan interaktif dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik sebelum konsert bermula.
 
Peminat Dato’ Sheila Majid pastinya dapat menjangkakan persembahan yang menakjubkan dari Dato’ Sheila Majid di Stadium Negara, di mana dia akan mengintegrasikan sistem audio bernilai jutaan ringgti dan disertai dengan 100 tenaga professional , pemuzik terhandal antarabangsa dengan pimpinan Pengarah Muzik yang cukup sinonim dnegan Dato’ Sheila Majid iaitu Mac Chew.
 
Diinspirasikan oleh kata yang sering diucapkan oleh Dato Sheila Majid, “May Music Keep Us Together,” nantikan barisan lagu Dato’ Sheila Majid, merentasi koleksi dari awal penglibatan dalam bidang muzik, sehinggalah hasil karya dalam album terbarunya dan dipadukan dengan mutu nyanyian yang hebat. Dianjurkan oleh IME Malaysia, diterbitkan oleh More Entertaintment dan disokong oleh pengurusan artis Magada Entertainment, Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 menjanjikan persembahan menakjubkan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan konsert terhebat dari Dato’ Sheila Majid. Sebarang maklumat lanjut tentang pembelian tiket anda boleh layari laman sesawang, http://ift.tt/1bNLODv
 

The post Tiket Konsert Dato’ Sheila Majid Hampir Habis Dijual appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment