Makanan Lebih Lazat dan Menyihatkan
Berikan hanya yang terbaik untuk keluarga anda! Kelengkapan memasak TupperChef Inspire Cookware dapat menghasilkan hidangan enak tanpa menjejaskan kandungan nutrien.
Set memasak berkualiti tinggi ini tahan karat dengan binaan keluli yang menghasilkan kemasan berkilat cantik. TupperChef Inspire akan membantu anda menyiapkan sajian berkhasiat dalam tempoh masa yang lebih pendek dengan cara masakan unik iaitu tanpa air dan minyak. Berbanding masakan konvensional yang menggunakan banyak air, masakan tanpa air membolehkan makanan dimasak dalam jusnya sendiri, lantas dapat mengekalkan 98 peratus nutrien makanan dan perisa semula jadinya. Perkakas ini juga membolehkan daging dimasak dalam lemak semula jadinya dengan menambah sedikit atau tanpa minyak. Ia mengurangkan kandungan lemak dengan ketara dan menjadikan makanan yang dimasak lebih sihat.
PRODUK PILIHAN
Hadir dengan pilihan Inspire Stock Pot, Inspire Wok, Inspire Saucepan, Inspire Casserole dan Inspire Fryer. Setiap satunya memiliki ciri:
Injap
Tutup injap untuk masakan tanpa air atau bukanya bagi masakan secara tradisional. Kaedah ini dapat mengekalkan sebanyak mungkin zat dan rasa yang terkandung di dalam makanan.
Penutup gelas kalis lembapan
Penutup gelas dengan penutup istimewa, injap dan rim menyimpan lembapan bagi memastikan makanan dimasak dalam jus semula jadinya. Dengan gelas lutsinar, kandungan boleh dilihat tanpa perlu membuka penutup.
Bekas
Tiga lapisan keluli tahan karat sepenuhnya pada tapak dan bekas kuali. Sesuai digunakan dengan permukaan memasak elektrik, gas, seramik mahupun induksi.
Tapak haba segerak
Merangkumi tapak rata dengan keluli tahan karat magnetik dan mengagihkan haba secara rata lagi efisien. Tapak rata yang kukuh tidak membengkok atau rosak.
Tindan dan jimat ruang
Letakkan penutup di atas satu sama lain untuk memudahkan tindanan setiap bekas.
Ini adalah rencana berbayar dibawakan oleh Tupperware.
The post [SELEKSI SURI 2017] Peralatan Memasak Terbaik appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment