SAMBUT BIRTHDAY KE-34 - SCHA AL-YAHYA BERHASRAT HAMIL LAGI



Ketika majlis ulangtahun kelahirannya yang ke-34 kelmarin, isteri kepada Awal Ashaari iaitu Scha Al-Yahya sempat menyuarakan hasratnya untuk hamil lagi selepas dikurniakan seorang anak sulung, Lara Alana, 3.

Selain itu katanya lagi, andai rezeki mereka dikurniakan anak kedua dalam masa yang terdekat ini, beliau tidak kisah sama sekali.

Dalam masa yang sama, Scha berkata, mungkin sudah sampai masanya untuk Lara mempunyai adik memandangkan anaknya itu juga sudah besar.



"Insya-Allah kami memang merancang dan kami sedang berusaha ke arah itu. Majlis tersebut pada awalnya dirancang oleh Awal dan kawan-kawan rapat kami.

"Saya tidak menjangkakan sebuah majlis yang meriah kerana saya cuma minta Awal sediakan pulut kuning sahaja.

"Apabila Dynas Mokhtar dan seorang kawan mengajak saya makan malam bertemakan kebaya, saya dapat mengagak ia pasti kejutan untuk saya.



"Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis hari jadi saya," ujar Scha.

Sebelum ini, pernah seketika Scha didakwa hamil lagi gara-gara sekeping gambar yang dimuatnaiknya yang menampakkan perutnya yang agak besar.

Dek kerana, ruangan komen penuh dengan ucapan tahniah. Bagaimanapun, Scha menafikan dakwaan itu dan menjelaskan baju yang dipakainya besar.








www.myartis.com / Sumber: Utusan




         ________________________





Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment