Bulan puasa bakal tiba tidak lama lagi. Bagi masyarakat Melayu, bulan puasa bukan sahaja bulan yang boleh menambah amalan pahala bahkan persiapan raya juga sibuk dilakukan bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga dan sahabat handai. Bagi kaum wanita, masa beraya juga adalah masa untuk mereka melaram busana raya dan memenuhi ruangan sosial media Instagram dan Facebook dengan gambar Hari Raya sambil mengenakan pakaian masing-masing. Raya hanya setahun sekali jadi tidak salah untuk menayangkan persalinan raya anda kepada umum.
Bagi anda yang gemar persalinan raya yang lebih menimalis, mungkin anda boleh mengambil masa seketika membelek koleksi Ameeera Zaini Lebaran 2017. Sopan di pagi raya dengan set kurung pelbagai warna dan potongan yang mampu menarik senyuman ibu bapa taktala sesi bersalaman memohon ampun diadakan. Potongan dan rekaannya juga dikemaskan agar ianya tampak terletak pada tubuh si pemakai.
Antara elemen yang digunapakai untuk koleksi ini termasuklah potongan ropol pada bahagian bawah kurung, bahu dan ropol semetri pada sekitar bahu dan dada. Meskipun tiada perincian dijahit, warna serta fabrik yang dipilih sudah cukup menampakkan sisi kemewahan pada setiap koleksi yang dipertaruhkan.
Bukan sahaja cantik, bahkan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan tidak membebankan duit poket anda. Dari RM189 sehingga RM299, anda boleh mendapatkan baju yang anda inginkan dengan pilihan saiz dari XS hingga XL.
Jadi, jangan tunggu lagi boleh serbu butik Ameera Zaini beralamat No 25, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam Selangor atau boleh hubungi kedai 018-2057663. Kalau mahu beli secara online pun boleh di www.amerazini.com
The post Ringkas namun tetap ‘Wow’, Koleksi Lebaran Ameera Zaini appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment