Rancangan Menarik Media Prima Sepanjang Bulan Ramadan

Syukur Selalu sudah sinonim dengan kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN). Masih lagi mengekalkan konsep Syukur Selalu yang sudah menjadi identiti kepada kempen Ramadan Raya, MPTN kali ini memperkenalkan kempen Terima Kasih sebagai inisiatif baharu bagi memperkukuhkan lagi pengisian program tahun ini.
 

 
Lebih meriah kempen Terima Kasih ini akan menyaksikan kolaborasi dari nama yang berpengaruh di dalam industri. Pengarah Kreatif, Ho Yuhang kembali bekerjasama bersama dengan Media Prima Berhad dalam pembikinan iklan penjenamaan kempen Terima Kasih.
 
Turut menampilkan gandingan dua penyanyi hebat, Faizal Tahir dan Aizat Amdan dalam mencipta dan menyanyikan lagu berjudul Terima Kasih yang telah dicipta khas untuk kempen ini.
 
Tahun ini, duta kempen Terima Kasih turut menampilkan nama hebat seperti Ayda Jebat, Redza Rosli, Mira Filzah, Elfira Loy dan juga personaliti sukan, Zaquan Adha, Faizal Tahir dan juga Aizat Amdan. Selain itu, personaliti TV3 dan TV9 iaitu Uyaina Arshad, Fakhrul Radhi, Zainal Ariffin dan juga Fiza Sabjahan pula bakal menggalas tugas sebagai Duta Skuad Terima Kasih.
 
Pemilihan duta ini dibuat berdasarkan penglibatan mereka di dalam program dan juga drama yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Duta ini memainkan peranan penting sebagai wajah kempen Terima Kasih di kaca T, papan iklan dan pesanan khidmat masyarakat. Mereka juga akan turut menjayakan aktiviti padang iaitu Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid.
 
Tidak lengkap rasanya, kehadiran Ramadan tanpa program dan drama menarik di TV3 dan TV9 yang sentiasa dinantikan penonton.
 
Drama Rantaian TV3

  • Iris: Budak Ijat

 

  •  
  • Samarinda: Andainya Takdir

  •  
  • Akasia: Ku Kirim Cinta

  •  
  • Dahlia: Menantu Bilal
  • Zehra: Bahagia Kasihmu
  • Tukar-Tukar Menu


 
Raudhah TV3

  • Jejak Rasul As salam

 

  •  
  • Madrasah
  • Projek Da’i
  • Qari Jr. 2017
  • Kalamullah
  • Al-Kulliyah

 
Siri Mini TV3

  • Inspirasi Ramadan
  • Kias Ramadan

 
Gaya Hidup TV3

  • Moreh
  • Apa Nak Makan Ni?
  • Nona Ramadan

 
Cerekarama TV3

  • Surat Mati Abah
  • Ramadan Terindah Nurani
  • Puisi Sedih Al-Kitab
  • Malam Tanpa Yasin
  • Restu Ramadan
  • Terima Kasih Ramadan

 
Bual Bicara dan Majalah TV3

  • Sembang Sahur 2017
  • Bersamamu: Penuhi Impian

 
Drama Rantaian TV9

  • My Sweet Lavender

 
Skrin Di 9 TV9

  • Wanita Luar Biasa
  • Ramadan Ini Milik Siapa?
  • Imamkan Aku
  • Balasan Dosa

 
Raudhah TV9

  • Ramadan 101
  • Solat Terawih Dari Masjidil Haram
  • Sounds of Muslims

 
Gaya Hidup dan Majalah TV9

  • Jalan-Jalan Bazar Ramadan
  • Jom Berbuka
  • Bila Bujang Masuk Dapur
  • Eksperimen Sosial

 

The post Rancangan Menarik Media Prima Sepanjang Bulan Ramadan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment