Panduan Memelihara Arnab

Orang kata mudah saja untuk memelihara arnab, tidak serumit membela haiwan lain. Panduan ringkas ini mungkin membantu sebelum anda betul bersedia menjadikan arnab sebagai haiwan peliharaan.

Haiwan seperti arnab boleh dipelihara dengan baik di rumah dengan keluasan yang membolehkan ia bergerak dengan senang. Arnab juga dikatakan mudah untuk dilatih membuang najis di tempat yang khusus, jadi anda tidak perlu risau arnab anda meninggalkan sisa najisnya di merata tempat. Daripada segi pemakanan pula, tidak sukar untuk anda mendapatkan makanan bersesuaian dengannya kerana arnab tidak cerewet dalam soal makanan.

Sejauh mana anda mengenali dan bersedia untuk memelihara arnab? Jom ikuti dengan lebih lanjut panduan penting dalam memelihara arnab agar ia dapat membesar dengan baik dan anda juga gembira bersamanya.

Panduan Memelihara Arnab

1. Pastikan anda tahu cara memegang arnab dengan betul – pegang bahagian tengkuk arnab, kemudian angkat keseluruhan bahagian belakangnya dan tampung badan arnab dengan sebelah tangan anda. Dengan cara ini, arnab yang diangkat akan lebih selamat dan ia pun tidak akan meragam. Jangan sesekali mengangkat arnab dengan memegang telinganya.
2. Sediakan sangkar khusus buatnya. Pastikan sangkar itu tidak terlalu kecil mahupun terlalu besar hingga beberapa arnab dibiarkan di dalam sangkar yang sama. Pastikan juga satu sangkar hanya untuk seekor arnab supaya anda mudah mengawal tahap kesihatan dan proses mengawannya.
3. Bersihkan sangkar arnab sekerap yang mungkin. Sangkar yang kotor bukan saja mengundang pembiakan bakteria, fungus dan makhluk perosak yang akan membahayakan kesihatan si arnab, malah diri anda juga.
4. Biarkan arnab anda bebas bermain di laman yang bebas makhluk perosak. Jangan hanya mengurungnya di dalam sangkar.
5. Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik haiwan sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Rutin ini memastikan si arnab sentiasa sihat dan bebas penyakit seperti cacing dan kurap.
6. Arnab biasanya tidak perlu dimandikan. Namun jika anda dapati ia terlalu kotor, memadai hanya bersihkan badannya dengan dry shampoo, iaitu syampu tanpa bilas. Jika dimandikan dengan air, dikhuatiri arnab itu tidak tahan dengan perubahan suhu badannya.
7. Sikat bulu arnab supaya ia tampil lebih kemas dan bersih.
8. Berikan makanan dan air yang bersih setiap hari.

The post Panduan Memelihara Arnab appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment