Model terkenal, Miranda Kerr, 34, akhirnya telah berkahwin dengan CEO aplikasi Snapchat, Evan Spiegel, 26, dalam sebuah majlis sederhana di selatan California semalam.
Tetamu dilihat tiba di rumah agam milik Spiegel di Los Angeles sehari sebelum majis perkahwinan berlangsung. Sumber memberitahu media barat, sebelum upacara perkahwinan pasangan itu berlangsung, pekerja dan katerer dilihat sedang bersedia untuk majlis tersebut di belakang rumah agam Spiegel.
Majlis perkahwinan ini adalah satu majlis peribadi yang melibatkan keluarga kedua belah pihak dan rakan pasangan tersebut. Sebanyak 40 tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan itu dan setiap tetamu telah dibawa ke rumah Spiegel dengan kereta. Tetamu wanita dilihat memakai gaun yang berwarna-warni manakala tetamu lelaki pula memakai sut.
Menurut sumber terdekat pasangan itu lagi, walaupun majlis perkahwinan itu diadakan secara kecil-kecilan namun pengeluarannya memakan kos yang besar. Majlis perkahwinan dan tetamu yang menghadiri majlis itu adalah kenalan terdekat pasangan itu namun suasana majlis itu masih lagi kelihatan mewah dan bergaya. Miranda sentiasa melibatkan diri dalam majlis perkahwinannya. Dia sentiasa mempunyai citarasa yang hebat dan tahu apa yang dia mahukan dan dia sangat gembira untuk berkahwin dengan Spiegel.
Pasangan itu bertemu buat pertama kali pada majlis makan malam Louis Vuitton pada tahun 2014 dan telah dilihat keluar bersama di Los Angeles pada bulan Jun 2015.
Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada akhir bulan Julai 2016 dan membuat pengumuman pertunangan mereka di aplikasi Snapchat Spiegel yang menyediakan penapis (filter) yang telah ditempah khas. Kerr mula mempamerkan cincin berlian cantiknya dalam akaun Snapchat dan dihiasi dengan karikatur Bitmoji pasangan tersebut.
Kerr sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Orlando Bloom pada tahun 2010 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Flynn. Pasangan itu kemudian bercerai pada tahun 2013 namun masih mengekalkan hubungan baik untuk membesarkan anak mereka.
Gambar: TPGimage
The post Miranda Kerr Dan CEO Snapchat Sudah Berkahwin appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment