KidZania Kuala Lumpur Mempersembahkan Kidz & Tech 2.0

 

Teknologi adalah penggerak utama dunia moden dan akan memainkan peranan yang penting di masa hadapan. Bagi meningkatkan minat yang mendalam dalam teknologi dan penggunaannya di kalangan kanak-kanak, KidZania Kuala Lumpur mempersembahkan KidZ & Tech 2.0: Masa Depan Kini Bermula dengan kerjasama VR Lab Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur dan Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd.

Pelbagai bengkel interaktif dan aktiviti praktikal yang bercirikan teknologi dianjurkan bermula dari 16 Mei – 24 Jun 2017 untuk membantu kanak-kanak mengenali dunia sebenar. Antara aktiviti yang disediakan ialah Realiti Maya bersama VR Lab Bhd. Gogal yang direka khas membolehkan kanak-kanak menerokai persekitaran tiga dimensi secara 360 darjah.

Selain itu ialah mengambil foto secara 360 darjah dengan U Mobile Sdn Bhd. Peserta hanya perlu berdiri tegak dan kemudian membuat pusingan 360 darjah untuk mengambil gambar yang mengagumkan. Mewarna dalam realiti berperantara juga anatara aktiviti yangg disediakan kepada peserta. Kanak-kanak boleh melihat sendiri hasil lukisan mereka di atas kertas bertukar menjadi animasi bergerak menggunakan aplikasi telefon pintar.

Aktiviti lain yang disediakan juga ialah pengekodan. Kanak-kanak akan diajar mencipta Galaksi Star Wars atau mereka permainan sendiri menggunakan kod iaitu blok atau javascript. Pada hujung minggu, dua aktiviti yang tambahan yang disediakan ialah Mystery Skype dan  Kahoot!.

Mystery Skype ialah di mana seorang pemanggil misteri akan memberikan petunjuk kepada kanak-kanak dan ibu bapa untuk meneka identiti pemanggil tersebut manakala Kahoot! pula sebuah permainan berbentuk pelajaran terkenal yang memberi peluang kepada peserta untuk menguji pengetahuan tentang KidZania Kuala Lumpur. Untuk waktu yang terhad, KidZania menawarkan diskaun 40% dengan kod promo KZKT40 di laman web KidZania Kuala Lumpur.

Bagi ibu bapa yang ingin mengisi masa cuti sekolah anak anda boleh mengetahui maklumat lebih lanjut di laman facebook dan web mereka iaitu http://ift.tt/2qPkMIv atau www.kidzania.com.my.

 

The post KidZania Kuala Lumpur Mempersembahkan Kidz & Tech 2.0 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment