Sejak kebelakangan ini, asyik terbaca kisah pemakai kanta lekap yang berdepan masalah hingga ada yang nyaris rosak matanya.
Foto: ING Image/Click Photos
‘Alat’ pembetul penglihatan atau pencantik warna mata ini sudah lama berada di pasaran dan dengan lambakan pilihan tersedia untuk anda, wajar untuk ketahui cara betul memakainya bagi mengelak sebarang permasalahan daripada berlaku pada mata dan penglihatan anda.
Apakah cara mencari kanta lekap yang paling ideal untuk anda. Alice Tan, Profesional Service Manager daripada Bausch + Lomb, menjelaskan bahawa ciri kanta lekap yang sesuai adalah kanta lekap yang memberi prestasi penglihatan yang memuaskan, selesa serta menekalkan fisiologi kornea yang baik dan mudah dikendalikan.
Apabila memilih kanta lekap yang sesuai, ramai berpendapat bahawa kandungan air dalam kanta lekap juga perlu dipertimbangkan. Walaupun kandungan air lebih tinggi memberikan keselesaan awal yang baik, namun ia tidak menjamin keselesaan sepanjang hari. Disebabkan itu anda akan berasa mata seakan kering pada penghujung hari.
Tan turut menekankan yang aliran oksigen juga penting buat mata. “Kornea adalah lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah tersendiri. Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen daripada atmosfera.
“Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu. Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru bagi mendapatkan oksigen yang mencukupi.
“Komplikasi ini berlaku dengan biasa kerana pemakai menggunakan kanta lekap sewaktu tidur, terutamanya kanta yang tidak direka khas untuk dipakai semalaman. Secara umumnya, pemakaian kanta lekap semalaman ataupun dibawa tidur adalah tidak digalakkan kerana anda mendedahkan mata anda kepada jangkitan mata dan komplikasi yang lain,” kata Tan.
Justeru, bagi mengekalkan kesihatan mata, Tan mencadangkan anda memilih kanta lekap yang boleh memberi kandungan oksigen yang diperlukan untuk mata terbuka selain merujuk kepada pakar optometris anda untuk maklumat yang bersesuaian dengan mata anda.
Terbaru, kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue OneDay menampilkan bahan revolusi Hypergel, iaitu bahan generasi baru direka khas untuk berfungsi seperti mata dengan 78 peratus kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat dalam air mata bagi mengekalkan kelembapan.
Dengan gabungan kelebihan hidrogel dan hidrogel silikon, Bausch + Lomb Biotrue OneDay mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari, mendahului kebanyakan kanta lekap yang lain, memenuhi tahap oksigen diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon bagi mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan sepanjang hari.
The post Ketahui Ciri Kanta Lekap Yang Sesuai Untuk Anda appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment