Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.
Sempena dengan bulan mulia ini, Dettol dan Air Wick telah bekerja bersama untuk memastikan anda bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda mula sibuk untuk membuat persiapan sepanjang musim perayaan ini dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda sentiasa kekal harum ketika menerima kunjungan dari tetamu sempena musim perayaan yang bakal tiba ini.
Hiasi meja anda dengan balang kuih raya yang menarik daripada Dettol dan Air Wick. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih lagi bagi produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda akan mendapat bekas kuih Raya yang unik untuk menyimpan kuih-muih kegemaran adna. Kumpulkan keempat-empat warna untuk menceriakan lagi kediaman anda di Hari Raya nanti! Anda boleh mendapatkannya di farmasi utama atau di pasar raya di Malaysia.
Bukan itu sahaja, dengan pembelian RM25 itu, anda boleh menyertai pertandingan dalam talian dan berpeluang untuk membuat kuih Raya bersama chef Selebriti, Anis Nabilah!. Anis Nabilah dikenali ramai sebagai chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan juga antarabangsa. Dia juga hos bagi beberapa rancangan masakan popular, seperti Eat Clean With Anis di Astro Bella dan 1,2… Bakar! di TV3.
Hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia dan anda mungkin antara lapan pemenang bertuah yang berpeluang untuk membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Pertandingan ini bermula dari 1 hingga 14 Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.
Anda juga boleh mendapatkan resipi kuih raya khas dari Chef Anis untuk menambahkan lagi seri keceriaan pada persediaan untuk Hari Raya nanti. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.
The post Kekal Bersih Dan Harum Untuk Persiapan Lebaran Bersama Dettol Dan Air Wick appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment