Juliana Evans Sah Bergelar Isteri Tengku Shariffuddin

Tahniah buat selebriti berdarah kacukan, Juliana Evans kerana kini dia telah sah bergelar isteri kepada kerabat diraja, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al- Hajj. Pelakon dan pengacara popular itu, selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya pada Ahad lalu jam 10 45 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh imam Masjid Istana Alam Shah Klang iaitu, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful. Apabila membuat keputusan untuk bersama, pasangan ini tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya mereka terus melangsungkan majlis pernikahan selepas hampir dua tahun berkenalan.

Juliana juga turut meluahkan rasa syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar dan dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawabnya sebagai isteri kepada kerabat diraja Johor itu. Majlis persandingan pasangan ini dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Tahniah diucapkan kepada Juliana Evans dan Tengku Shariffuddin. Lihat foto sekitar majlis pernikahan Juliana Evans.

The post Juliana Evans Sah Bergelar Isteri Tengku Shariffuddin appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment