JBasic Raya 2017 Dari Jovian Mandagie Tampil Dengan Gaya Minimalis

Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie kini tampil dengan satu koleksi baju raya yang bergaya yang direka khas untuk anda yang gemarkan kesederhanaan.
 
Koleksi JBasic Raya 2017 adalah busana yang sempurna buat anda yang mahu kelihatan minimalis untuk lebaran tahun ini dengan motif corak yang berbeza-beza dari cetakan bungan, geometri dan bentuk yang menakjubkan yang semestinya akan menarik minat anda.
 
Tampil dengan 31 reka bentuk, koleksi ini juga menampilkan potongan yang berbeza dan turut mengetengahkan cetakan asas pada baju kurung modn dan kebaya moden kerana siluet ini adalah yang paling sesuai untuk semua jenis wanita dari semua peringkat umur.
 
Penggunaan palet warna yang menakjubkan dapan dilihat dalam koleksi ini adalah hijau, biru, kelabu, ungu, coklat, merah, hitam dan putih. Rekaan busana untuk koleksi ini lebih mementingkan keselesaan dan praktikal untuk si pemakai.
 
Rekaan JBasic Raya 2017 yang mudah dan ringkas ini pasti akan membuatkan penampilan anda sempena lebaran ini tampak lagi memikat. Koleksi ini boleh di dapati di semua cawangan JStore dan di laman web http://ift.tt/2d3hs30 bermula dari RM129 ke RM299.

 

The post JBasic Raya 2017 Dari Jovian Mandagie Tampil Dengan Gaya Minimalis appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment