Hampir Semua Tiket Ke Konsert Datuk Sheila Majid Habis Dijual

Sejak ia diumumkan lagi, tiket ke konsert Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid laku seakan pisang goreng panas dengan dua kategori tiket yang berharga RM888 dan RM388 telah habis dijual!       

 

 

Konsert Datuk Sheila yang dianjurkan oleh IME Malaysia bakal berlangsung pada 5 Ogos 2017 di Stadium Negara. Sebelum ini, syarikat IME hanya memfokuskan pada konsert artis-artis antarabangsa di Malaysia, jadi ini merupakan kali pertama mereka menganjurkan konsert artis Malaysia.

 

Bertujuan untuk menyokong industri muzik tempatan dan pada masa yang sama mahu menyumbang senario dalam industri hiburan tanah air. Konsert Sheila Majid ini dibawakan oleh MD Wellness berserta barisan penaja iaitu Taiwan Halal Festival, Hoya, Anlene dan DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

 

Datuk Sheila Majid bersama barisan penaja.

 

Ketika menemui Datuk Sheila di sidang media konsertnya baru-baru ini, penyanyi jazz tersohor negara ini turut menyatakan, “Setelah melihat akan projek ini, apa yang saya boleh kata yang saya mempunyai peminat yang terbaik di sini. Saya sering membuat persembahan di luar negara, tetapi akhirnya saya kembali ke tanah air saya dan saya akan beraksi di negara kelahiran saya sendiri”

 

“Ramai peminat saya di sini sehinggakan terpaksa terbang ke luar negara hanya untuk melihat saya membuat persembahan dan adanya sehingga membebankan mereka dengan kos-kos yang tinggi. Jadi, inilah satu cara (konsert) bagi saya untuk berjumpa dengan peminat-peminat untuk mereka datang dan menikmati muzik saya yang mereka telah membesar bersama. Bagi saya, saya amat terharu kerana masih ada orang yang suka akan lagu saya. Pernah satu ketika ada peminat yang memberitahu “Datuk, pabila saya belajar di luar negara dan ketika saya merindukan tanah air dan sambutan raya di kampung, saya akan selalu memainkan lagu Datuk Sheila untuk memberikan saya ketenangan.” Saya lihat perkara itu sebagai sesuatu yang buat saya tersentuh hati. Jadi saya amat teruja kerana saya dapat membuat persembahan secara langsung untuk peminat semua tidak lama lagi.”

 

 

Diinspirasikan oleh kata-kata yang sering diucapkan oleh Dato Sheila Majid, “May Music Keep Us Together”, nantikan barisan lagu-lagu beliau, merentasi koleksi dari awal penglibatan dalam bidang muzik, sehinggalah hasil karya dalam album terbaru beliau, dipadukan dengan mutu nyanyian yang hebat.

 

Berikut adalalah sedikit maklumat berhubung konsert Sheila Majid : The Concert Kuala Lumpur 2017.

 

Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017.

Tarikh :5 Ogos  2017

Masa:8 malam

Tempat :Stadium Negara Indoor Stadium

Tiket   :          

Premium        RM888 (habis dijual)

VVIP               RM688

VIP                  RM488

CAT 1             RM388 (habis dijual)

CAT 2             RM288

CAT 3             RM188

CAT 4             RM98

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ticket Charge +603 9222 8811 atau layari http://ift.tt/1bNLODv

The post Hampir Semua Tiket Ke Konsert Datuk Sheila Majid Habis Dijual appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment