Gigi Berkilat Bak Berlian Dengan Philips Sonicare Diamond Clean

Apakah yang terlintas dalam fikiran anda apabila anda berfikir tentang kesihatan secara umum? Pastinya anda akan memikirkan pengambilan pemakanan yang betul dan rutin senaman untuk memastikan tubuh yang sihat. Tapi tahukah anda juga perlu memastikan kesihatan gigi anda? Gigi juga memerlukan perhatian sama seperti bahagian tubuh yang lain. Gigi yang kurang putih dan nafas yang berbau boleh memberikan kesan bukan sahaja kepada anda bahkan ia turut menjejaskan individu yang berada di sekeliling anda.
 

 
Selain itu, penjagaan oral yang tidak betul boleh menyebabkan masalah yang mendalam, bukan sahaja pada permukaan gigi tetapi ianya akan menusuk ke gusi dan memburukkan keadaan keseluruhan mulut anda dan sekaligus mendatangkan risiko penyakit gingivitis dan periodontal. Penyakit ini boleh menyebabkan sakit yang teruk, gigi rongak dan jangkitan lantas memberi kesan kepada kehidupan seharian dan juga kepada kesihatan anda.
 

 
Philips Malaysia sekali lagi mendahului dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai pentingnya pembersihan menyeluruh dan mengambil langkah bijak dalam memastikan penjagaan kesihatan oral yang baik dengan pelancaran berus gigi elektronik Philips Sonicare Diamond Clean yang terbaru.
 
Istimewanya Philips Sonicare Dimond Clean ini menawarkan lima mod bagi pembersihan terunggul- membersih, memutih, penjagaan gusi, sensitif dan juga mengilat. Mod membersih akan memastikan penyingkiran plak menyeluruh manakala mod memutih bertindak untuk memutihkan permukaan gigi bagi menyingkirkan cela. Mod penjagaan  gusi pula menggabungkan mod membersih dengan urutan lembut tambahan bagi gusi untuk meningkatkan kesihatan gusi. Jika anda mempunyai gigi yang sensitif, mod sensitif cukup lembut untuk memenuhi keperluan anda. Akhir sekali,mod mengilat bertindak untuk mencerahkan dan memutihkan gigi dan memberikan langkah penamat yang elok kepada keseluruhan rutin membersih.
 

 
Tambahan lagi, bulu berus berbentuk wajik yang unik pada kepada berus gigi elektronik ini adalah kepala berus memutih terbaik keluaran Philips Sonicare dan ia menawarkan kawasan permukaan yang lebih besar dan pel bulu pembersihan yang ungguk dan menjadikan gigi anda lebih putih.  Philips Sonicare Diamond Clean juga turut hadir dalam saiz kompak yang mudah untuk anda bawa ketika pergi melancong dan sekaligus dalam mengekalkan rutin membersihkan mulut.
 
Dengan Philips Sonicare Diamond Clean, penjagaan kebersihan oral bukan sahaja menjadi lebih murah dan lebih lenang bahkan anda akan mendapat pembersihan menyeluruh dan unggul dengan penyingkiran plak, penjagaan gusi serta pemutihan gigi. Nikmati manfaat rutin pembersihan oral yang sempurna di kediaman anda sendiri.
 

 
Philips Sonicare Diamond Clean telah menyertai produk lain dalam rangkaian Philips Sonicare yang terdapat di Malaysia. Rangkaian ini telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011, merangkumi pelbagai jenis berus gigi, yang kesemuanya memiliki teknologi sonik berpaten Philips bagi aksi pembersihan dinamik untuk penjagaan oral yang terbukti secara klinikal. Dengan 31,000 gosokan berus setiap minit, ia terbukti lebih berkesan berbanding dengan berus gigi biasa. Berus gigi rangkan Philips Sonicare yang memiliki halaju hujung bulu berus yang unik, merangkumi berus gigi kuasa sonik nombor satu yang paling disarankan oleh pakar pergigian di seluruh dunia sejak 20 tahun lalu.
 
Hadir dengan dua warna yang menarik iaitu hitam dan ungu, Philips Sonicare Diamond Clean, boleh di dapati dengan harga RM999 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya dan Di Puau Pinang; dan di kedai runcit dan pengedar di seluruh negara dan secara dalam talian di Blip.my. Bagi Philips Sonicare Diamond Clean warna ungu hanya boleh di dapati di klinik pergigian.

The post Gigi Berkilat Bak Berlian Dengan Philips Sonicare Diamond Clean appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment