Gayakan Patung Barbie Anda Sendiri di ‘Barbie: Create Your Own’

Buat pertama kali di Asia Tenggara, anda boleh menggayakan patung Barbie mengikut cita rasa anda sendiri.

Mattel kini memperkenalkan pengalaman pertama dalam penggayaan Barbie di Asia Tenggara dengan ‘Barbie: Create Your Own’. ‘Barbie: Create Your Own’ menggalakkan kanak-kanak perempuan untuk menggunakan imaginasi mereka sebaik mungkin dalam menyesuaipadan dan menggayakan patung Barbie milik mereka.

Acara ini telah bermula di Sunway Pyramid (LG 2, Orange Concourse) bermula 23 – 28 Mei yang lepas. Ia akan berterusan di tiga lagi lokasi iaitu:

  1. Mid Valley, 1 – 4 Jun
  2. KLCC, 8 – 11 Jun
  3. One Utama, 14 – 18 Jun

Acara ‘Barbie: Create Your Own’ membolehkan kanak-kanak perempuan memilih patung Barbie kesukaan mereka, kemudian gayakan patung tersebut dengan pelbagai helaian fesyen yang boleh mereka pilih. Mereka juga boleh memilih set permainan dan aksesori untuk melengkapkan patung Barbie yang telah digayakan mengikut cita rasa. Setiap patung yang telah mendapat sentuhan idea kanak-kanak itu akan hadir dengan kotak istimewa yang disertakan bersama nama pemiliknya.

Selain itu, bagi menggalakkan kanak-kanak untuk lebih terdorong dalam mengekspresikan daya kreativiti mereka, acara ini turut membawakan aktiviti seperti pertandingan mewarna dan juga bengkel penceritaan.

‘Barbie: Create Your Own’ dibuka kepada awam. Untuk maklumat lanjut, sila layari barbie.mattel.my dan http://ift.tt/1THaShV.

The post Gayakan Patung Barbie Anda Sendiri di ‘Barbie: Create Your Own’ appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment