Filem Wonder Woman Diharamkan Di Lubnan Kerana Kewarganegaraan Gal Gadot

 

Filem superhero wanita terbaru iaitu Wonder Woman telah secara rasminya diharamkan di mana-mana pawagam di Lubnan kerana pemegang watak utama filem itu iaitu Gal Gadot merupakan seorang warga Israel.

 

Gambar : Sumber Google

 

Injunksi itu dilaporkan wujud selepas permintaan awal daripada Kementerian Lubnan Ekonomi dan Perdagangan yang mengambil isu itu dengan fakta yang mana Gadot sebelum ini pernah berkhidmat selama dua tahun dalam ketenteraan Israel.

 

Servis ketenteraan di Israel dikatakan adalah diwajibkan bagi setiap warganya. Umum tahu yang mana Israel yang tidak pernah diterima sebagai satu negara sering membedil Palestin, namun gencatan senjata telah berlaku sejak tahun 2006.

 

Menurut laporan BBC, pihak berkuasa Lubnan percaya yang mana jika tayangan filem itu berlaku ia boleh melanggar dasar lama negara itu yang memboikot servis eksport Israel yang mana mereka percaya ia adalah satu cara musuh itu untuk menyusup masuk ke dalam pasaran negara.

 

 

Namun ramai peminat membuat spekulasi yang mana pengharaman filem itu juga disebabkan motif lain sebagai contoh yang mana watak utama filem itu merupakan seorang superhero wanita.

 

Menurut laporan LA Times, sebelum ini filem-filem lain yang dibintangi Gadot tidak pernah sekali diharamkan di Lubnan, yang membezakannya adalah di dalam filem-filem sebelum ini Gadot tidak memegang watak utama.

 

“Filem sebelum ini yang dibintangi oleh Gadot termasuklah Batman VS Superman : Dawn of Justice dan Furious 7 berjaya ditayangkan di Lubnan. Batman VS Superman yang mana memperkenalkan Gadot sebagai Wonder Woman merupakan satu filem ketiga paling hits di Lubnan tahun lalu. Secara faktanya, Wonder Woman dihasilkan oleh tiga buah syarikat yang berpangkalan di Amerika dan dua lagi dari China, jadi mengatakan ia sebagai satu produk Israel adalah tidak benar sama sekali,” menurut laporan itu.

 

Wonder Woman sepatutnya telah dijadualkan untuk tayangan perdana di Lubnan Beirut pada malam yang sama sekatan itu dijalankan dan Tony Chacra of Joseph Chacra, pengedar filem itu merasakan yang tindakan kerajaan itu amat menyedihkan.

 

“Filem dari DC Comics tiada sebarang kaitan dengan Israel,” ujar Chacra.

 

 

The post Filem Wonder Woman Diharamkan Di Lubnan Kerana Kewarganegaraan Gal Gadot appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment