Fattah Amin Dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH3.0

Fattah Amin yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH3.0) berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Peugeot 408 e-THp yang bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza  berserta trofi.

 

Gambar : Instagram Tonton Malaysia

 

Acara gilang gemilang itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi. Dengan mendapat undian paling tinggi sebanyak 82,635 undian Fattah berjaya menandingi pesaing terdekatnya iaitu Janna Nick serta Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana.

 

Gambar : Instagram Berita Harian

 

Bukan itu sahaja, Fattah turut berjaya memenangi anugerah kategori online untuk Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

 

Fattah yang pada awalnya berjalan di karpet merah ABPBH3.0 bersama heroinnya dalam drama Hero Seorang Cinderella iaitu Nur Fazura nyata menarik perhatian ramai.

 

 

Meskipun dilihat seakan intim dan rapat bersama, Fazura menafikan akan gosip yang menyatakan mereka sedang berhubungan istimewa. Malah mereka hanya berkawan rapat sahaja berikutan gandingan drama tersebut.

 

EH! kongsikan juga senarai penuh pemenang ABPBH3.0 di bawah.

 

Bintang Paling Popular – Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar

Artis Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina

Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana

Pengacara TV Popular – Neelofa

Penyampai Radio Popular – Radin

Artis Versatil Popular – Ifa Raziah

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret

Artis Komedi Popular – Zizan Razak

Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin

 

Kategori online

Gandingan Serasi Drama – Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)

Gandingan Serasi Filem – Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)

Personaliti Media Sosial – Makhlokmacho

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial – Neelofa

Artis Sensasi – Fattah Amin

 

The post Fattah Amin Dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH3.0 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment