Charles & Keith Lancar #CHARLESKEITHCURATED

Dalam menghargai serta meneroka lebih banyak idea kreatif sepanjang proses menghasilkan koleksi Spring/Summer 2017, Charles & Keith melancarkan kempen digital yang mendokumentasikan hasil seni fesyen melalui #CHARLESKEITHCURATED. Kempen ini memfokuskan hasil kerja individu dari pelbagai ceruk kehidupan yang memberi inspirasi dengan hasil seni dan teknik cemerlang dalam menghasilkan setiap karya fesyennya.

Kerjasama ini turut diterjemahkan dengan cara yang begitu unik melalui pelukis ilustrasi Grace Ciao, Charly Rodrigues, Krizia Chan and Sun Lee. Setiap kolaborasi dari pelukis ini membawa anda melihat dengan lebih terperinci hasil kerja dari mula lukisan produk sehinggalah ke tahap terakhir yang melalui pelbagai perspektif, teknik dan seni. Setiap hasil seni boleh dilihat di http://ift.tt/2njmq26.

Kempen in turut mencari bakat-bakat terpendam yang dimiliki setiap individu. Tidak ketinggalan, pelanggan juga digalakkan untuk menayangkan bakat masing-masing melalui akaun laman sosial, Instagram dengan hashtag #CHARLESKEITHCURATES

Cut-out yang kreatif akan ditayangkan di majalah Spring/Summer 2017 dan mereka boleh menggunakan latar belakang yang menarik untuk menghasilkan karya fesyen yang tersendiri. Penyertaan ini bukan sahaja dari bentuk Cut-out malah pelanggan juga boleh menghantarkan ilustrasi, fotografi dan animasi yang membawa kepada maksud fesyen yang sebenar. Submissions ini akan diletakkan dibawah satu bumbung dan akan disiarkan melalui microsite.

Charles & Keith turut berkolaborasi bersama Limzy Lim atau mesra dikenali lovelimzy bagi memberi sisi pandangan kreatifnya berkenaan jenama-jenama tempatan.

The post Charles & Keith Lancar #CHARLESKEITHCURATED appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment