Biskut Kismis Walnut oleh Chef Anuar Draman

Resipi ciptaan Chef Anuar Draman untuk California Raisins ini harus dicuba dek kaedahnya yang mudah dan hasilnya cukup menyelerakan.

Kismis yang diibaratkan sebagai mutiara kecil serba guna, enak dan menyihatkan boleh diguna dalam pelbagai hidangan kulinari berbeza. Untuk kebanyakan pengguna terutama kanak-kanak, kismis memang sedap dikunyah atau dijadikan snek.

Biskut Kismis Walnut

Bahan-bahan:
250g mentega tanpa garam
125g gula aising
1 telur, diambil putih sahaja
310g tepung, diayak
100g kismis California, dicencang
30g walnut panggang, dicencang
300g coklat masakan
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga lembut.
  2. Masukkan putih telur dan gaul sebati.
  3. Tuangkan tepung, kismis California dan walnut.
  4. Bentukkan adunan di dalam dulang gris mengikut cita rasa.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius.
  6. Biarkan biskut sejuk seketika sebelum dicelup ataupun diletak dengan coklat masakan yang telah dicairkan.

The post Biskut Kismis Walnut oleh Chef Anuar Draman appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment