Antara koleksi terkenal Jovian- Ready -To- Wear (RTW) yang dikenali sebagai ‘Balik Kampung’ kini kembali untuk Lebaran tahun ini.
Terkenal dengan rekaan tradisional, koleksi ‘Balik Kampung’ kini kembali dengan rekaan serta corak yang pastinya akan memenuhi citarasa semua Lebaran ini. Tampil lebih besar daripada sebelum ini, koleksi ini kini bukan sahaja boleh didapati untuk lelaki dan wanita sahaja malah ia boleh didapati untuk anak kecil anda.
Masih mengekalkan corak batik klasik yang semestinya menjadi lambang kepada warisan nasional dan etnik Malaysia ditambah dengan potongan yang sempurna dibuat untuk koleksi ini kerana ia mempunyai rekaan yang berbeza daripada baju kurung moden, baju kurung, baju kebarung moden, baju kebaya moden dan kaftan moden untuk wanita manakala baju lelaki pula mempunyai rekaan berbeza dari baju Melayu dan baju Batik.
Koleksi ini mempunyai lebih daripada 20 reka bentuk untuk wanita, 23 reka bentuk untuk lelaki dan enam reka bentuk untuk kanak-kanak perempuan dan 20 reka bentuk untuk kanak-kanak lelaki.
Rekaan busana untuk kanak-kanak adalah adaptasi dari rekaan busana untuk dewasa. Penggunaan fabrik adalah seperti chiffon berat, krep yang dicetak, lace, Shantung, linen yang dicetak, kapas lycra dan organza.
Palet warna yang popular seperti merah jambu, putih, kuning, hijau, biru, salmon dan pic adalah antara warna yang digunakan untuk koleksi ini kerana warna ini sesuai untuk semua jenis umur dan jantina.
Kini anda boleh bergaya dengan koleksi ‘Balik Kampung’ dari Jovian Mandagie bersama keluarga anda kerana koleksi ini direka untuk semua. Koleksi ini boleh dibeli di semua butik JStore atau melalui talian di http://ift.tt/2d3hs30 bermula dari 30 Mei dan seterusnya. Harga bermula dari RM149 untuk busana kanak-kanak lelaki, RM225 sehingga RM270 untuk busana kanak-kanak perempuan, RM229 hingga RM259 untuk busana lelaki dewasa dan RM400 hingga RM550 untuk busana wanita dewasa.
The post Bergaya Ketika Balik Kampung Dengan Jovian Mandagie appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment