Berbuka Puasa Dengan Hidangan Klasik Seluruh Malaysia Dan Asia Di Sunway Resort Hotel & Spa

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang ii, The Resort Cafe di Sunway Resort Hotel & Spa telah mengetengahkan resipi warisan dalam mewujudkan lebih 400 hidangan bufet untuk berbuka puasa bermula dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017 pada jam 6 petang sehingga 10.30 malam.
 
Diilhamkan dari ungkapan, “Jemput Makan,” anda dijemput untuk menikmatik dengan interaktiviti, aroma dan rasa hidangan nostalgia dan tradisional dari Malaysia dan di seluruh rantau Asia yang disajikan pada meja pameran sepanjang 60 meter. Istimewa pada tahun ini, Sunway Resort Hotel & Spa turut memperkenalkan pelbagai resipi dari generasi terdahulu yang semestinya akan membuatkan anda kecur liur.
 
Ramadan tahun ini, anda akan diperkenalkan dengan 16 jenis hidangan seperti Rendang dan juga Steamboat dengan lima pilihan sup dan turut menawarkan lebih daripada 70 bahan segar. Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan laut segar yang dipanggang, Kambing Golek, Bubur Lambuk dan Lauk Pauk di Live Action Stations. Bagi anda yang gemarkan makanan laut yang segar, anda boleh memilih dari hidangan makanan laut seperti udang dan kupang yang disajikan di atau ais.
 
The Resort Cafe turut menawarkan lebih daripada 18 jenis nasi termasuk nasi Hujan Panas dan nasi Arab. Tidak ketinggalan hidangan popular, Sup Gearbox Turbo dan island buffet yang menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut tempatan dan barat.
 
Hidangan Rendang adalah antara hidangan yang tidak boleh dilupakan. Berasal dari Indonesia, rendang adalah hidangan yang sinonim dengan suku Minangkabau dan ia adalah makanan istimewa yang pastinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan sering dihidangkan pada musim perayaan dan upacara tradisional. Jika anda gemarkan hidangan rendang, The Resort Cafe menawarkan lebih daripada 16 jenis rendang dan 18 jenis nasi. Antara 16 jenis rendang, tiga jenis rendang yang mesti anda cuba adalah Rendang Ayam, Minangkabau, Rendang Daging Tok dan Rendang Ayam Kerisik.
 
Antara hidangan rendang yang boleh anda cuba adalah Rendang Daging Minangkabau, Rendang Daging Rembau, Rendang Ayam Rembau, Rendang Daging, Rendang Ayam, Rendang Daging Mamu, Rendang Daging Nyonya, Rendang Daging Kerisik, Rendang Daging Serai, Rendang Ayam Serai, Rendang Berempah Hitam – Pasir Mas, Rendang Ayam Gelang Patah and Rendang Hati.
 
Dihidangkan bersama rendang adalah 18 jenis nasi dan antara hidangan nasi yang anda perlu cuba adalah Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas dan Nasi Kunyit Ayam. Antara nasi lain yang dihidangkan adalah Nasi Minyak, Nasi Biryani Ayam, Nasi Biryani Telur, Nasi Biryani Gum, Nasi Biryani Udang, Nasi Kambing Biryani, Nasi Pelangi, Nasi Daging Arab, Nasi Kerabu, Nasi Bukhara Buah Gajus, Nasi Ulam, Nasi Minyak Nenas, Nasi Dagang, Nasi Arab and Nasi Beringin.
 
The Resort Cafe bertempat di Lobi Sunway Resort Hotel & Spa, akan memulakan bufet khas Ramadan setiap malam dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017 bermula dari jam 6 petang sehingga 10.20 malam. Setiap hidangan berharga RM188 nett bagi dewasa/warga emas dan RM98 nett bagi kanak-kanak (berumur enam sehingga 12 tahun)
 
Untuk tempahan makan malam di The Resort Cafe, sila hubungi +60374952009/+60374928000 atau e-mel kepada srhs.trc@sunwayhotels.com untuk mendapatkan tempat yang anda inginkan atau untuk mendapatkan jadual. Penempahan awal adalah digalakkan.

The post Berbuka Puasa Dengan Hidangan Klasik Seluruh Malaysia Dan Asia Di Sunway Resort Hotel & Spa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment