Ariana Grande Tangguh Konsert Selepas Kejadian Bom

Ariana Grande berasa tertekan apabila konsertnya di Manchester Arena pada malam Isnin lalu telah berakhir dengan serangan bom yang telah mengorbankan puluhan peminatnya yang hadir ke konsertnya itu.
 

Gambar: TPGimage


 
Bintang pop itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun dia telah meluahkan rasa bersalahnya kepada mangsa menerusi akaun Twitternya. Dalam kejadian malam Isnin itu sekurang-kurangnya 22 terbunuh dan lebih 50 cedera selepas letupan yang berlaku di kawasan ruang legar arena itu. Beribu-ribu penonton konsert melarikan diri dan telah menyebabkan keadaan di arena itu jadi kelam-kabut.
 
Setelah kejadian itu, konsert Eropah Grande di London telah digantung. Kejadian ini telah menarik perhatian ramai rakan selebriti Ariana Grande. Kumpulan Take That yang pernah membuat persembahan di Manchester pada 1990 sedang melakukan persembahan di Liverpool Echo Arena sewaktu kejadian letupan itu berlaku dan kumpulan itu akan membatalkan persembahan mereka demi menghormati kejadian yang berlaku di Manchester.
 
Selain itu, rapper terkenal, Nicki Minaj yang juga sahabat baik kepada Ariana turut meluahkan rasa simpatinya kepada mangsa dan juga kepada Ariana. Rakan selebriti yang lain turut meluahkan rasa yang sama menerusi akaun Twitter masing-masing.
 

 

 

 

 

 

 

 

 
Konsert Jelajah Ariana Grande telah bermula di Phoeniz, Arizona pada 3 Februari lalu dan diikuti dengan Dublin, Sweden, Norway, Denmark dan Belanda.
 
Selepas konsert di Manchester, Grande telah dijadualkan untuk membuat konsert di London, Poland, Jerman, Switzerland, Perancis, Sepanyol, Itali, Mexico, Brazil, Jepun , Thailand dan Australia sebelum menamatkan konsert jelajahnya di Hong Kong pada September ini.
 
Namun masih tiada sebarang mesej rasmi daripada pihak pengurusan Ariana Grande mengenai sama ada konsert jelajahnya akan diteruskan.

The post Ariana Grande Tangguh Konsert Selepas Kejadian Bom appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment